Thursday, September 15, 2011

Mohon Ganti hati yang Baru T_T

Assalamualaikum warahmatullah..

apakbr semuanya? semoga dalam keadaan sihat hati , fizikal juga mental . inshaAllah.

sehari-hari ku lalui, seakan cepat masa berlalu...bahang kesedihan kian membakar hatiku...tapi, hatiku ada sesuatu yang ingin diluahkan...namun aku kurang pasti apa luahan yang ingin di kemukakan..

seseorang (USA) bertanyakan aku : Ukhti, how's your Iman?
selesai saja membaca soalan tersebut, aku seakan menganggukkan kepala..

and yes...aku sedang mencari rasa hati ku..luahan dari hatiku..keikhlasan hatiku dalam menutur bicara..kasih hatiku dalam memberi cinta.. :'(( dimana hatiku yaAllah? kenapa seolah olah aku seperti tidak tersentuh apa apa dengan nasihat mereka? mengapa aku seolah tidak ikhlas dalam berbicara..? kenapa setiap bait kata mereka, aku terluka...? kenapa hatiku cukup senang terasa terluka..? kenapaa..?

semenjak dua menjak, tutur ku seakan kering tidak basah lagi....hatiku semakin susah untuk memberi sesuatu yang bermanfaat.. astagfirullahal azim...tiba tiba tadi, terlintas di benak ku..sepotong hadith Rasulullah “Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh"

mungkin kesibukan ku memikirkan hal dunia membuatkan hatiku merana...terasa hatiku telah TER-rosak / TER-halang dari sesuatu yang memang hati tidak inginkan..mungkin kah aku dalam situasi ini "mengapakah harus anda merosakkan hati dengan dosa sedangkan hati itu benci kepada dosa.."

T_T atau hati ku telah terkena 


4k : Kutil + Kurap + Kudis = Kuman
Kutil : Kurang telitiKurap : Kurang rapi
Kudis : Kurang disiplin
Natijahnya, Kuman : Kurang Iman.


ASTAGFIRULLAHAL AZIIM...

yaAllah, jauhkan aku dari semua itu yaAllah..

‎"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu 
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati 
mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

aku rindu bertemu mereka yang telah Kau sentuh hatinya dengan hidayahMu..Aku rindu untuk berkongsi cerita dengan mereka tentangMu..aku rindu mendengar khabar mereka dalam menjalankan seruan ibadah kepadaMu...aku rindu semua nya yaAllah...pertemukanlah aku dengan mereka yaLathif..walau dalam sekelip mata..pelukan cintan dari mereka..yang berkasih keranaMu.. yang bertemu dan berpisah semata mata mencari redhaMu.. 

aku mengharapkan redhaMu dalam setiap tingkahku...andai lalai telah bersarang di hatiku...aku mohon yaAllah...cabutkan ia dari diriku...aku tidak sanggup murkaMu menghukum kelakuanku..ampunkan aku.....

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

jika hatiku telah mati yaAllah...gantikan aku dengan hati baru..yang lebih menghargai segala pemberianMu.. :'(( perkenankan permintaan hati hambaMu ini Tuhan.....:'((

Kata Hati,
♥PrincessSolehah T_T

Tuesday, September 13, 2011

selamat tinggal sahabat


assalamualaikum warahmatullah...

sedar mau pun tidak....hari yang di nantikan semakin dekat.. :') YaAllah tinggal seminggu saja lagi, para mujahid/mujahidah lepasan dari sekolah Agama ingin berlepas menuntut dan belajar ilmu di bumi anbiya...inshaAllah pulang dengan membawa agama Islam yang sebenar..

sedih + gembira menyelubungi hati...

inshaAllah utk semuanya, doakan kami semua..dapat meneruskan perjuangan kami dengan baik, membawa sinar Islam pada suatu hari nanti...membawa cahaya buat bumi yang tandus gelita...semoga, setiap hati yang bakal pergi akan membetulkan niat dan tujuan pergi..
yaAllah rahmati kami....

this song, sangat sangat ditujukan buat teman-teman ... :')
ikhlaskan kepergian kami....
♥PrincessSolehah

Saturday, September 10, 2011

sedikit masa lagi..


my feeling now? 
Bunda : Princess, siap siap barang tu...
Princess : ok, jom packing...Bunda temankan ok?...
Bunda : Mudahan sihat selalu, nanti makan minum semua jaga baik baik..Bunda masuk bilik dulu..

....

Princess : T_T
(..Tak terlafaz kata...)


detik itu akan tiba tidak lama lagi...saat perpisahan sementara atau pun selamanya akan tiba..dan pasti akan tiba dengan izinNya... ya Allah..

moga segala urusan kami berjalan dengan lancar ..
kabulkan permohonan kami yaRahman...

TAK SANGGUP KU BERPISAH....
♥PrincessSolehah



Friday, September 9, 2011

For you Ukhti NnHmi ♥

dari hati kecil
si PrincessSolehah

luahan hati

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


alhamdulillah, Allah memberi izin untuk kita semua berada dalam bulan kemenangan bagi Umat Islam, setelah berjuang dan menghadapi ujian dalam bulan ramadhan..


dan dalam kesempatan ini..Princess ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN
semoga setiap amalan kita, di redhai dan di terima oleh Nya yang Maha Esa.amin..


September telah datang, dan kita sedang berhadapan dengan hari hari yang ada dalam bulan ini. Gembira, Sedih, Suka, Tawa, Tangis, Sayu..semua bercampur dalam satu perasaan yang Princess tak tau mcm mna untuk menggambarkan.


semakin melangkah ke hari seterusnya.. semakin terasa sayu hati ini. seorang demi seorang Dia terbangkan ke bumi asing pada diri kita. Menuntut ilmu mencari redhaNya. Berusaha mencari sebuah pulau keredhan dariNya..


yaAllah, Engkau perkenankan lah permohonan kami.. aku akur dengan semua aturan mu tentang kisah pertemuan dan perpisahan yaAllah...tapi ya Lathif, aku sungguh tidak sanggup untuk berpisah dengan dia... dia yang selalu menasihati ku..dia yang selalu menegur ku... semoga, Engkau tetapkan yang terbaik buatnya.. semoga kami dapat bersama sama mengharungi suka duka hidup bersama di bumi anbiaMu nanti ya Rahman...Engkau lah Maha memahami hati kami....


sahabat, aku tau kau kuat untuk menghadapi semua ni. InshaAllah, jangan pernah kenal erti putus asa.. walaupun hatiku sangat berharap dirimu akan dapat bersama kami..namun, aku sedang dan terus mendidik hatiku untuk memahami erti REDHA untuk segala takdir yang telah di catatkan untuk kita semua.


kata-kata cinta dariNya membisikkan di hati kita.. "...apa yang kau inginkan, tidak semestinya baik untuk mu, dan apa yang tidak kau inginkan mungkin adalah yg terbaik untukmu. Allah Maha Mengetahui sedang kau tidak mengetahui.." :') menitis air mataku menaip setiap bait kalaam dariNya, terasa berat menuturkan segalanya..

gambar saat lelah riang bersama =D


mungkin sahabat, riak wajah ku tidak sama rentaknya dengan tangisan yang kuat di dalam hatiku..ketika membaca komen mu di ruang sosial dengan hanya pekataan "UI.." airmataku terus mengalir..,komen seterusnya yang kau hantar "walau, raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat" semakin laju lagi airmataku..lagu yang sering terucap2 dibibir kita, aku harap tidak menjadi kenyataan..apa pun, aku cuba untuk terima segalanya..Moga Allah perkenankan permohonan setiap hati kita..


dan sahabat, aku tidak kuat melihat tangisanmu lagi........
♥PrincessSolehah

Tuesday, September 6, 2011

untukmu sahabat...


Bagi yg memaknainya..
Tiada yang lebih menyuramkan,
Tiada lagi yang mendatangkan mendung di jiwa,
Mahupun yang mengguris luka di dada
Melainkan kehilangan seorang sahabat
Samada dia pergi meninggalkan kita
Mahupun ujian dan keadaan yang menjarakkan kita
Untuk yang memaknainya pasti akan amat terasa.
Nilai sahabat itu ibaratkan satu tubuh
Bukan ketika sakit
Mahupun ketika kematian,
Namun di saat diperlukan,
Mahupun tidak,
Sahabat itu pelengkap,
Ia ibarat tangan kiri dan kita tangan kanannya,
Ia ibarat air di saat kita apinya
Ia ibarat matahari di saat kita bulannya
Ia juga ibarat angin mahupun hujan di saat bahangnya hawa
Dan kerana itu sahabat itu melengkapkan
Ia mengadakan apa yang tidak ada
Ia menyempurnakan apa yang cacat
Mahupun melayarkan wajah cahaya di saat suram
Mahupun menadahi telinga di saat goncangan perasaan melanda.
Mustahil seseorang itu mampu menjadi sempurna
Dan takkan mungkin seseorang itu hebat
Hanya dengan bersendirian
Mahupun keseorangan.
Kerana seseorang itu takkan mampu melihat dirinya sendiri
Melihat rambut yang tak disikat kemas
Mahupun tudung yang tak dipin lurus
Kerana pada setiap diri itu
Pasti amat memerlukan sebuah cermin
Dan cermin itulah yang melengkapkan dirinya
Dan cermin itulah yang akan menampakkan kesalahan dirinya
Malah cermin itu akan jujur padanya walapun dia benci untuk menyakiti diri kita.
Kerana sahabat itu, ia bukan sahaja jujur,
Bukan sekadar pembantu di saat susah,
Mahupun teman bicara di saat senang,
Tapi sababat itu,
Ia melengkapkan kita.
Takkan mampu kita menjadi kita tanpa adanya dia
Seperti mana dia takkan menjadi dia tanpa dia.
Dan kehilangannya pasti akan terasa,
Terus terhiris di balik memoar yang indah
Menjadikan nafas semakin berat
Mahupun langkah semakin mencabar
Dan pada setiap doa yang kita munajatkan
Akan selalu dan selalu kita ulangi kalimah itu
Dengan tadarru’ penuh pengharapan dan airmata
Sambil menitipkan kalimah-kalimah itu
Kalimah rabithah di saat membayangkan wajah kita dan dia
Bersatu kembali pada ikatan hati ini
Tiada lagi yg dapat memintal hati melainkan Dia
Tiada yang dapat mencantumkan semula melainkan Dia.
Mahupun menggantikan sesuatu yang lebih baik.
Namun, pada diri setiap sahabat, tentu amat berbeza.
Dan tiada yang dapat menggantikan setiap satunya
Kerana setiap seorang itu punyai banyak kelebihan tersendirinya
Pada diri kita dan dia,
Mudah-mudahan ikatannya akan menjadi lestari selamanya
Kerana tiada yang lebih indah
Tiada yang Mengundang senyum di wajah
Mahupun suria di dada
Melainkan perasaan cinta ,
Perasaan hubb di jalan Allah itu.
Perasaan yang meringankan beban di jalanan
Mahupun menyejukkan dan menyegarkan keletihan,
Pada dirimu sahabatku,
Ku utuskan sebuah rabithah
Buat kesekalian kalinya buat dirimu…
nukilan muharikah/aisyahz

Tuesday, August 30, 2011

ramadhan.......

Aku lihat Ramadan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata,

" Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".

Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........
' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ? T_T

Graduation For Mahasiswa Mahasiswi Uni...

Assalamualaikum warahmatullah,
tanpa sedar kita telah sampai ke penghujung bulan ramadhan
yang mana, para graduan telah menghabiskan masa dengan berzikir, membaca al-quran, tahajud dan sebagainya, semoga setiap amalan yang di lakukan di terima oleh Rabbnya..amin..

harapan Princess agar amalan yang dilakukan ini akan terus menerus dilakukan pada bulan selain bulan ramadhan..ISTIQAMAH itu penting..inshaAllah.

sebelum melangkah menyambut kemenangan, graduan hendaklah memastikan setiap subjek mendapat pangkat cemerlang untuk menikmati kemenangan nya..untuk itu, tidak lupa Princess sendiri ingin mengucapkan..
Selamat berkonvokesyen kepada sesiapa yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Ramadhan...
tarikh konvokesyen adalah pada 1 Syawal 1432H insyaAllah,bersamaan 31 Ogos/1 sept 2011...
Antara subjek yang perlu lulus dgn cemerlang adalah:
PZB001-Puasa Zahir Batin ( ___%)


QIA002-Qiamulail ( ___%)


TRW003-Solat Terawih ( ___%)


TDA004-Tadarus Al-Quran ( ___%)


ZKT005-Zakat Fitrah ( ___%)


KIta ada masa beberapa jam lagi untuk menamatkan pengajian...
bittaufiq wannajah!!

PrincessSolehah

Thursday, August 25, 2011

Kepastian - Inteam

Assalamualaikum warahmatullah.. <3 <3

kaifahalikum? alhamdulillah alhamdulillah..
alhamdulillah sekarang dah merasai fasa 10 malam terakhir ramadhan, rasa sedih meninggalkan ramadhan kali ini...rasanya, macam mau stay dalam bulan ni, tapi sudah sunnatullah akan pasti datang dan pergi..mungkinkah kita akan bersua kembali ramadhan akan datang?? harap harap bertemu jua..amin!

tadi..semasa menghadiri kuliah, Princess share dengan seorang sahabat satu surah dalam al-Quran,surah al-Insyiqaq..

ketika membaca makna ayat 6-15, tiba tiba teringat lagu di bawah ni...jom layan sikit.. sedih,Muhasabah diri yang masih hina dina ni.."yaAllah, andai yang terakhir dicalon kn syurga olehMu, maka..aku berharap aku lah orang itu, akan tetapi aku takut orang yang pertama di calonkan untuk di lontarkan ke neraka itu...adalah aku! ampuni aku ya Allah..."



Muhasabah Diri,
PrincessSolehah

Thursday, August 18, 2011

Jauhilah...Avoid...Hindarkan..

Surah Al Hujurat: 12 - 13

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Tuesday, August 16, 2011

Oki & Andy Arsyil - Karena Hati Bicara



Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Kata kecil matamu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Kata kecil matamu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

untuk Permaisuri & Raja hati ku,
PrincessSolehah

Bila hati Bicara

assalamualaikum warahmatullah
Bismillahirrahmanirrahim,

a month + 4 days from today, I'll be leaving my parents, my brothers..inshaAllah :'( YaAllah, give me kekuatan for anything that You dah takdirkan for my life.. amin

Princess meniti saat saat akhir bersama keluarga, sahabat, dan semua yang terdekat dengan semampu yang ada...

seorang sahabat, berkata : Ukhti...ana will be alone here...
sayu rasa hati, bila seorang sahabat mengungkapkan kata kata itu...berat rasa hati, bila mengetahui diri ini akan pergi meneruskan pejuangan kehidupan yang singkat ini...mencari redha Ilahi..

setelah berbuka bersama Ibunda tercinta, terasa sayu hati ini memikirkan yang akan berlaku tidak lama lagi...Ibunda pesan "nanti, di negara org...jgn pergi jauh2, jalan sama sama kawan.." and I said "Bunda, lama lagi tu..sebulan 4 hari...." tiba tiba, hati ku betul betul sayu...airmata seakan bertakung di bibir mata...

I would like to share an artikel, dari a blog...and, I really love the story sbb hampir sama dgn my life with my Bunda.. :'((

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )


Everyday inda sah if you didn't smell any from the kitchen. She would spend most of her time in the kitchen. She didn't need an assisstant house she would tell us. When told she did enough for the day. No. She would continue, she would say "Eh, teh untuk bapamu lagi tu" She never understood the word "mengalih". She would never get tired of these kind of works. Oh the ayam masak kicap, she would even get rid of those fish bones for me, even that would cost her to choked over by it.

She would burn her hands once in a while. She never complained, instead just covered it up with minyak gamat. If I would fell asleep on the sofa, oh kuatnya! She lifted me up even menyuapi! I would easily get annoyed, eating in "mamai" condition, but she never get tired and she would smile and laugh looking at me.

She's always caring like this.

She would tell her tales. she would tell how her life was a rough and not easy life was. We didn't understand but overtimes, we heard the same stories over and again. But we never get tired too hearing those kind of stories, because she would ran over the story of how she met my father.

She's tough like this.

But it came time when she would tell us Islamic stories, she would tell how to protect from syaitan, what to read before going to sleep. She would urge us to take wudhu for prayer. She would sacrifice her time from muqaddam, to Al Quran.

She's so much full of love like this.

Thank you,
Every acts of her, I won't forget that. There were so much in my past life that I could vividly remember mom. So much that I couldn't put it in this one whole post, it would be one whole novel of book to write, or maybe jilid by jilid. You won't know how much you have done for us, but we know. Allah knows especially! Even to the point that you gave me more attention than the other siblings.

You would laugh for us, you would cry for us, you would do anything to make us happy. Even to the point of sending me to somewhere, I know how heavy it was to digest the fact, but you let me as well.

It's not me, but it's you. You done so much yet so little , or NOTHING you ever complained. But me? Even a prick of a needle, even a stress from exam, I would complained. But you have done so much. What am I to repay you with? I couldn't. I never going to repay all of yours sacrifices with these.

Allah's love is greater than yours mom ='D I am very grateful to have a mom like you, to have sending you as my MOM. That I know Islam in the first place, that I know how to read Al Quran in a proper way, now that you asked me how to read them, I would. Insha Allah. That I know how to cook now? That I know how to live a life far from home. Alhamdulillah I knew now that you purposely did all this, just to equip me for my future life. But you didn't know that kan?

To us you are our medicine, you are the doctor who would treat us. You are the teacher who taught us. You are our best chef ever! You are our story teller, never put us into boredom!

Last but not least
You are simply our mother. Nobobody like you. Alhamdulillah. All praises to Allah. I miss you mom. Doakan for me here.. :')



Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Ibunda, Im not the type yang romantik untuk luahkan segala perasaan infront of you...Bahasa airmata mu, benar...sungguh...membuatkan hatiku menangis...seakan tidak mau pergi jauh dari sisimu...Ibunda, maafkan hati ni..diri ini andai pernah menghiris hati mu...redhakan kepergianku nanti, untuk meneruskan pejuanganku...aku sungguh berharap redhamu untuk mencapai redhaNya..

yaAllah, pertemukan kami..ibubapaku, sahabatku yang ku cintai dan semuanya ..di atas dipan dipan yang Kamu sediakan buat hambaMu yang benar inginkan redhaMu.. redhailah kehidupan kami yaAllah...

Bakal Perantau,
PrincessSolehah.
inshaAllah.

Sunday, August 14, 2011

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah.mkv



YaAllah tetapkanlah hati kami..hati yang mencintaiMu, untuk terus berada dalam perubahan semata mata keranaMu, semoga akan kekal dalam hidayah kurniaanMu..amin

Ramadhan Kareem,
PrincessSolehah

Sunday, August 7, 2011

I Love You Allah! ♥

When i am alone,I crave company and someone to support me.no one comes to help me except Allah !

When I pretend to be strong in front of the world,nobody sees my weaknesses,nobody sees my tears,except Allah!

When I'm sad and I want a shoulder to cry on,nobody seems to notice my hidden tears or to support me but Allah!

If i do wrong.people will seldom forgive and forget easily.Only Allah,If I just ask Him,forgives me.

Pleasing a human is most difficult.
Pleasing Allah is the easiest.

People sometimes punish me for the mistakes I have not done.Allah ignores and excuses the one I did.

That's Allah!
The Greatest,The Most Beneficent,The most Merciful


Loves,
♥ PrincessSolehah ♥

Wednesday, August 3, 2011

10 Sifat Sifat yang mesti ada pada diri...

assalamualaikum warahmatullah!!

loooookkkk loookk!!! apa yang Princess dapat di image Google! terima kasih Google Image and, syukran yaAllah menemukan satu panduan for us...alhamdulillah..


mula mula tengok, ingatkan jadual harian yang patut di buat..rupanya, something yang sangat AWESOME POSSUM.!! hehe okie...let me organize it like this.. :-

sifat yang mesti ada pada sesorang tu, untuk mengajak kepada kebenaran
1. AKIDAH yang sejahtera
2. IBADAH yang Sahih
3. AKHLAK yang mantap
4. PENGETAHUAN luas
5. SIHAT tubuh badan
6. BERDIKARI
7. MELAWAN nafsu
8. SANGAT menjaga MASA
9. TERSUSUN urusan
10. BERMANFAAT pada orang lain

semoga setiap ciri ciri yang di sebutkan ada pada diri kita semua, to be one of the EXTRA ORDINARY PERSON..amin inshaAllah

love for the sakeofAllah
PrincessSolehah

Tarbiyah atau Terbiar.....

assalamualaikum warahmatullah...

dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Pemurah.
semoga setiap coretan yang tercatat ini hanya ingin mendapatkan keredhaanNya, inshaAllah..
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

segala puji-pujian syukur ke hadratNya, hari ini masuk hari ke dua berpuasa dan alhamdulillah, Dia telah banyak memberikan nikmat tenaga dan kudrat untuk melakukan aktiviti seperti kebiasaan hari yang telah berlalu sebelum ramadhan tiba..

dalam perjalanan mencari redha Ilahi, sekarang Allah telah menetapkan Princess di sebuah universiti, bilamana..Allah meletakkan kita di suatu tempat pasti ada tugasan yang harus di laksanakan, pasti ada kerja yang mesti di lakukan...dan pada setiap tempat kita di letakkan..berlainan ragam yang akan kita jumpa..di situ kita akan mengenal yang namanya TARBIYAH

alhamdulillah, kemasukan Princess ke alam universiti..pasti, alam nya sangat banyak perbezaan dari alam persekolahan..minggu ni, inshaAllah masuk minggu kedua berjinak-jinak dengan suasana universiti..


berbalik semula tentang tangungjawab,TARBIYAH dan tugasan yang Allah amanahkan kepada setiap jiwa yang bergelar hamba..dalam sedar atau tanpa sedar, setiap hari Allah telah mengamanahkan kita satu perkara...semoga Princes tergolong dalam mereka yang sedar akan tanggungjawab yang harus Princess pikul..dan menyedari hakikat sebenar erti Tarbiyah dalam kehidupan..

memegang firman nya dalam hati setiap hari, "sesungguhnya kamu sebaik-baik ummat yang di ciptakan, mengajak kepada kebenaran dan menjauhi kemungkaran" , setiap kali teringatkan ayat tersebut, hati mula rasa bangga..kerana diri ini terpilih dikalangan mereka yang diciptakan sebaik-baik ummat..tapi, untuk menjadi yang terbaik itu..bukan semudah seperti Princess menaip segala huruf huruf..Allah telah menyambung ayat itu dengan..sebaik-baik ummat itu adalah mereka yang mengajak kepada KEBENARAN..dan MENJAUHI kemungkaran...


mengajak kebenaran memang sangat sangat 'ngam' dengan seorang yang bergelar khalifah dimuka bumi Allah ini, tambahan pula Princess mengambil jurusan akidah dan dakwah, maka benda tu terasa satu kewajiban terhadap diri ni...

"اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويل"-YaAllah berikan aku kefahaman dalam agama dan pengetahuan dalam mentafsir.. amin!

and sudah pasti, semua pembaca ingin kan syurgaNya...begitu juga Princess, sangat sangat meninginkan nikmat syurgaNya, berduduk di atas katil dengan buah buahan yang enak, dengan senda gurau yang benar, bertemu Rasulullah, bertemu denganNya yang Maha Mencipta..pasti semua mengingankan itu , right?

tapi, untuk mendapatkannya..bukan hanya mengimani dengan hati tanpa berbuat apa apa...mari, Princess membawa semua nya untuk berfikir dalam satu anology andaian yang Princess buat ni..

setiap pelajar, yang ingin mendapatkan scholarship pasti berusaha dengan bersungguh sungguh untuk mendapatkan yang terbaik, tapi...pelajar tersebut tidak hanya mengulangkaji pelajaran...malahan dia akan selalu berjumpa gurunya untuk mendapatkan kepahaman yang mantap, dan ingatan yang kuat...akan selalu berdikusi bersama teman teman dan sebagainya..akan sentiasa menghormati siapa siapa yang ada di sekelilingnya..mengikuti kegiatan luar, berkomunikasi dengan masyarakat ....


dan, setelah mencapai gred A dalam peperiksaan, lulus dengan cemerlang...pemilihan penerimaan untuk melanjutkan pelajaran iaitu biasiswa kerajaan akan menilai dengan apa yang telah di peroleh oleh setiap pelajar yang memohon..orang yang memilih tidak akan melihat pada mereka yang mendapat A semata mata, malah mereka akan memilih yang EXTRA DOUBLE ORDINARY..ertinya, yang betul betul melakukan yang terbaik..dalam semua bidang...barulah layak mendapat biasiswa kerajaan..DO YOU GET ME?

balik semula kepada cerita asal..mereka yang terpilih untuk masuk ke SyurgaNya..bukan lah mereka yang melakukan amalan yang biasa biasa saja...seperti solat tanpa mengajak yang lain untuk solat bersamanya..membuat kebaikan tanpa mengajak yang lain untuk membuat kebaikan bersamanya...AKAN TETAPI,orang yang EXTRA ORDINARY person ni, akan mengajak semua orang melakukan kebaikan...mengajak kepada kebenaran...melarang kemungkaran...dia tidak akan berdiam diri dalam kemaksiatan yang berlaku depan mata..mereka akan menjalankan kehidupan dalam tarbiyah dariNya dan melaksanakan semua perintahNYA menurut Al-Quran dan As-Sunnah..inshaAllah..


maka,jalan mana yang kita pilih sekarang? tarbiyah kah atau terbiar? sudahkah kita menjadi diantara mereka yang EXTRA ORDINARY ...layakkah kita untuk mencium bau syurgaNya? adakah kita termasuk dalam barisan menuju syurgaNya? sudahkah kita mengajak manusia kepada kebenaran? dan melarang kemungkaran?...

semoga segala apa yang kita lakukan, mengajak kepada kebenaran dan menghalang kemungkaran..amin! apa apa pun, setiap apa yang kita lakukan, bukan nya sehari kita buat 100 kebaikan, lepas tu give up..tapi, biarlah yang kita lakukan sedikit tapi istiqamah..dan perubahan akan berlaku, ساعة فساعة - step by step..inshaAllah..dan yang pasti, proses pentarbiyahan tidak akan berhenti sehingga nafas terakhir kita..

ya Allah..mudahkan lah segala urusan kami dalam mencapai redhaMu..dalam menyeru manusia kepada kebenaran AgamaMu..mudahkanlah kami yaAllah, yaRabbana...aku memohon padaMu.....

Mujahidah Agama,
PrincessSolehah.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Ulang Tahun A


semoga sentiasa dalam lindunganNya dan mendapat rahmat dan maghfirahNya, semoga di kurniakan Hidayah yang tidak terhingga nilainya.. :) najah fiddarain..inshaAllah..

wassalam,
your Fren
PrincessSolehah

Opick - Rapuh ( bersama lirik )

assalamualaikum warahmatullah..
tetiba teringat dengan lagu ni...jom layan.. :')



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Bosankah?

RAMADHAN KAREEM,
assalamualaikum warahmatullah...alhamdulillah alhamdulillah, telah setahun berlalu and now kita bertemu lagi dengan ramadhan yang di nanti nanti kan oleh mereka yang benar benar ingin menikmati sujud cinta kepadaNya, zikir maghfirah dan tawaakkal kepadaNya..

alhamdulillah alhamdulillah, princess berharap...ramadhan kali ini akan jauh membawa erti yang besar dalam apa saja segi terutama amalan diri dan silaturrahim bersama masyarakat! itu sangat penting...

and negara Princess, baru saja memulakan hari pertama melakukan saum..pada hari ini.. :) alhamdulillah, dan dalam masa yang sama hari ini (2nd august) tarikh bday salah seorang sahabat...

apa2 pun..inshaAllah semoga sahabat itu akan tetap istiqamah dalam mencari redhaNya, dan berfikiran dewasa pada hari hari mendatang, inshaAllah. sanah helwah, kullu am bikhair..AMINN..

okie, lets watch video di bawah ni..mesti ada yang nak tau mcm mna amalan tu akan rasa tidak bosan pada diri kita, apa bila kita melakukan nya...inshaAllah..



how how?? u get it?me also get it..hehe alhamdulillah...so now! jom jom cari cinta Allah..inshaAllah akan mudah la urusan kita..hehe :)

ahir kalaam dari princess, semoga kita dapat memanfaatkan bula ramadhan ni dengan sebaiknya..insahAllah ada ilham lagi, princess akan update blog dri masa ke ssemasa..inshallah..

SaLam RaMadHan,
dari : PrincessSolehah.