Wednesday, January 25, 2012

setiap apa yang terjadi, itulah yang terbaik

Serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu.



insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali 

perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

Percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…


terima kasih ukhti SNHHM

:')

♥PrincessSolehah

Friday, January 20, 2012

satu kepastian yang belum pasti

assalamualaikum warrahmatullah wabaraktuh..


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, setelah lama menyepi dari penulisan blog ini...alhamdulillah, Allah beri ruang peluang mengisi sedikit luahan dan coretan di papan blog ini inshaAllah.


Dalam melalui sungai kehidupan, banyak batu-batu yang ditemui. Kadang-kala, batu yang ditemui itu batu besar, dan ada juga yang ditemui itu batu kecil. Batu demi batu yang ditemui, tetap harus jua kita tempuhi. Mungkin batu itu, menyakitkan dan membekas luka, dan mungkin kita tergelincir akibat licin rumpai yang terdapat di atas batu itu. Dalam perjalanan ini jua akan kedengaran bunyi keluhan, tangisan dan bermacam-macam perasaan lagi.


satu kepastian yang belum pasti, mencari satu jawapan dalam seribu soalan.


yaAllah, aku mohon padaMu tunjukkan lah jalan yang lurus dalam semua kehidupan kami. Perjalanan ini sangat panjang untuk kami lalui, sungai ini semakin bertambah deras dengan pukulan yang kadangnya mentafsir kepayahan untuk merentasi nya dan kadangnya dihukum mudah untuk menyusurinya.  Hati ini mohon kekuatan mencari jawapan dalam setiap persoalan. Hati ini mendambakan agar manusia kembali tersenyum. Bimbing kami yaAllah dalam mencari setiap inchi redhaMu.


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." 2:286 


mohon ampun dari Mu ya 'Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir.
berharap agar setiap helaan nafas ini, bertasbih memuji namaMu, sujud akur dengan setiap perintahMu. :')
hati ini memohon ampunanMu........


Jangan Palingkan wajahMu yaAllah dari kami, segalanya kami serahkan padaMu.
PrincessSolehah