Sunday, December 11, 2011

♥ usah dipinta........

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمة الله..

alhamdulillah, segala puji syukur nikmat hidayah dariNya.. selawat serta salam buat junjungan besar nabinaa.. Muhammad S.A.W. semoga setiap hela nafas hanya ingin mendapat redha dan hidayaNya jua.

aku berlindung dari syaitan yang direjam...

setiap hati dan diri serta jiwa pasti akan diuji dengan pelbagai ujian yang harus kita lalui dalam hidup ini. Semalam..Princess ada ternampak status Laman Muka Buku.. berbunyi kira kira mcm ni "Allah akan uji pada tiitk kelemahan kita... selagi kita belum 'lulus' ujian tersebut, selagi itu Allah akan uji. Itu tanda Allah sayang. Maka bersabar dan bertabahlah" 



Ana sangat sangat terasa dengan status tu, membuatkan ana terus memuhasabah kan diri. Terlalu banyak kelemahan yang masih ada dalam diri ana yang harus diperbaiki... Terlalu banyak benda yang masih lagi samar samar dalam hati dan fikiran ini... sampai ada ketika nya, hati menutur "aku tidak layak utk memberikan semua ini...aku tidak layak utk memberi...aku tidak layak itu...aku tidak layak ini...." , 

tapi.....

sampai bila tutur kata itu ku jadikan alasan sebagai benteng utk membawa mereka ke jalan yang benar...."sambil menyelam, sambil minum air" , solehah muslihah.... memang, ujian akan datang pada setiap inchi helaan nafas kita...namun, tidak salah dalam masa kita ingin berubah..kita cuba utk menegur dan menasihati orang lain.... itu seharusnya ada pada diri seorang yang dinamakan beriman, ciri ciri orang yang beriman... 

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kelalaian, KECUALI mereka yang mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati tentang kesabaran.." -surah al-asr 1-3 

Dan ujian itu adalah tarbiyah dari Allah jua... Tarbiyah utk menguatkan lagi iman kita.. kerana Allah sayang kan kita, Dia bangun kn kita dari lena yang panjang..agar kita dapat menghadapi ujian dariNya...


sunyi dari ujian daripadaNya, ibarat kita tidak diambil peduli oleh Dia yang mencipta. Seharusnya, perasaan cinta untuk di uji terpupuk dalam diri dan hati kita ( marah pada diri ) T_T , tapi..masih ada terdetik dalam hati.. "terlalu berat ujian Mu yaAllah..." huhu T_T seolah tidak pernah membaca kalaam cintaNya buat kita semua....balik balik Dia mengingatkan kita semua.. "hambaKu...tidak akan aku mengujimu....di luar kemampuanmu hambaKu......." setiap pujukan dariNya..membuatkan air mataku menitis lagi...

seterusnya......
menangis hati ini..bila membaca sebaris ayat dari surat cinta dariNya...

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji sehingga kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu."
(Muhammad : 31)

Tidaklah seorang hamba itu diuji melainkan Allah mencintainya..

 "Usah dipinta dikurangkan ujian tetapi mintalah diberatkan iman."

hadith Rasulullah : "Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang bersabar"  

maka, bersabarlah bagi setiap hati yang menerima ujian dariNya...ujian itu penguat iman....
ana ta'kid sekali lagi, ujian itu Penguat Iman.

Ujian yang kita hadapi ini, hanya seperseratus dari ujian yang dialami oleh mereka yang terdahulu. Ingatlah wahai hati, dan wahai diri, setiap apa yang terjadi adalah yang terbaik, setiap yang sudah tersurat itu lah yang terbaik...mengapa kita impikan kebahagiaan yang disaluti murkaNya? kenapa hendak menolak ujian yang dalamnya terdapat redha dan hidayahNya...

orang yang bersabar dengan segala ujian yang dihadapi akan sentiasa merasa tenang walaupun apa yang dihajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayang (setelah berusaha). Berdoalah dan terus berdoa, Dia mendengar semua rintihan hambaNya..



Allah A'alaam..semoga post kali ini memberi manfaat pada setiap jiwa, segala isi kandungan lahir dari hati dan teguran itu lebih menjurus kepada diri sendiri sebelum orang lain..inshaAllah..

berharap ampunan dariNya,
♥PrincessSolehah

Thursday, December 8, 2011

Tajdid Niat


Ingat kembali niat kita!!!!

kekalkan dalam hati, ALLAH MATLAMAT HIDUP KITA..bukan penghargaan manusia yang dicari.

Ya Allah jgn gantikan kami, biarkan kami sentiasa berada dalam saff Mu, walau keras badai ujian Mu terhadap kami :'( cekalkan hati kami, tetapkan iman kami, perhebat tawakal kami, tanamkan kesabaran kedalam hati kami. ujian demi ujian Mu, tidak seberapa dibanding maksiat demi maksiat yang kami lakukan, kezaliman demi kezaliman terhadap diri kami sendiri..ampunkan diri ini yaRabbana..



Allah ghayatuna!! Allah ghayatuna!! Allah ghayatuna!!
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihad Sabiluna
Al-Maut Fii sabilillah Asmaa amaaninaa


 Bila TERASA lemah dan dunia seakan tidak memihak dengan kehendak hatimu...ingat balik apa sebenar Tujuan hidup mu, Siapa contoh teladan yang kau ikuti selalu, Apa rujukan mu, Apa sebenar jalanmu, ingat..ingat...dan INGAT kembali akan cita citamu..!! 

Syahid Fi Sabilillah...
"من حسن إسلام المرء, تركه ما لا يعنه"
sebaik2 Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak menambahkan (imannya)

Allah a'alam..
sekadar ingatan bersama..

♥PrincessSolehah

Wednesday, December 7, 2011

arjuu Rahmat & KasihNya...



Saiyidatina `Aisyah pernah bertanya : “Ya Rasulullah S.A.W... tidak ada sesiapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala?”
Lalu Baginda menerangkan: “(Benar wahai `Aisyah), tidak ada siapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala” – (Baginda menegaskan) sebanyak tiga kali.
Saiyidatina `Aisyah berkata: Aku pun bertanya lagi: “Dan tidak juga Tuan, Ya Rasulullah? ” Maka Baginda pun meletakkan tangannya di atas kepalanya lalu bersabda: “Dan aku juga tidak, kecuali dilimpahi Allah dengan rahmat dan belas kasihan-Nya” – (Baginda menegaskan pengakuan nya itu sebanyak tiga kali).(Riwayat Baihaqi)
"yaAllah, Rahmati kami...Redhakan setiap helaan nafas dan perjalanan hidup kami. Andai ujian Mu di dunia ini membuatkan Kau redha untuk kami hidup di syurgaMu nanti kami pasrah dan kami akan tetap mencuba untuk istiqamah dalam mentaatiMu.."

♥PrincessSolehah