Tuesday, September 6, 2011

untukmu sahabat...


Bagi yg memaknainya..
Tiada yang lebih menyuramkan,
Tiada lagi yang mendatangkan mendung di jiwa,
Mahupun yang mengguris luka di dada
Melainkan kehilangan seorang sahabat
Samada dia pergi meninggalkan kita
Mahupun ujian dan keadaan yang menjarakkan kita
Untuk yang memaknainya pasti akan amat terasa.
Nilai sahabat itu ibaratkan satu tubuh
Bukan ketika sakit
Mahupun ketika kematian,
Namun di saat diperlukan,
Mahupun tidak,
Sahabat itu pelengkap,
Ia ibarat tangan kiri dan kita tangan kanannya,
Ia ibarat air di saat kita apinya
Ia ibarat matahari di saat kita bulannya
Ia juga ibarat angin mahupun hujan di saat bahangnya hawa
Dan kerana itu sahabat itu melengkapkan
Ia mengadakan apa yang tidak ada
Ia menyempurnakan apa yang cacat
Mahupun melayarkan wajah cahaya di saat suram
Mahupun menadahi telinga di saat goncangan perasaan melanda.
Mustahil seseorang itu mampu menjadi sempurna
Dan takkan mungkin seseorang itu hebat
Hanya dengan bersendirian
Mahupun keseorangan.
Kerana seseorang itu takkan mampu melihat dirinya sendiri
Melihat rambut yang tak disikat kemas
Mahupun tudung yang tak dipin lurus
Kerana pada setiap diri itu
Pasti amat memerlukan sebuah cermin
Dan cermin itulah yang melengkapkan dirinya
Dan cermin itulah yang akan menampakkan kesalahan dirinya
Malah cermin itu akan jujur padanya walapun dia benci untuk menyakiti diri kita.
Kerana sahabat itu, ia bukan sahaja jujur,
Bukan sekadar pembantu di saat susah,
Mahupun teman bicara di saat senang,
Tapi sababat itu,
Ia melengkapkan kita.
Takkan mampu kita menjadi kita tanpa adanya dia
Seperti mana dia takkan menjadi dia tanpa dia.
Dan kehilangannya pasti akan terasa,
Terus terhiris di balik memoar yang indah
Menjadikan nafas semakin berat
Mahupun langkah semakin mencabar
Dan pada setiap doa yang kita munajatkan
Akan selalu dan selalu kita ulangi kalimah itu
Dengan tadarru’ penuh pengharapan dan airmata
Sambil menitipkan kalimah-kalimah itu
Kalimah rabithah di saat membayangkan wajah kita dan dia
Bersatu kembali pada ikatan hati ini
Tiada lagi yg dapat memintal hati melainkan Dia
Tiada yang dapat mencantumkan semula melainkan Dia.
Mahupun menggantikan sesuatu yang lebih baik.
Namun, pada diri setiap sahabat, tentu amat berbeza.
Dan tiada yang dapat menggantikan setiap satunya
Kerana setiap seorang itu punyai banyak kelebihan tersendirinya
Pada diri kita dan dia,
Mudah-mudahan ikatannya akan menjadi lestari selamanya
Kerana tiada yang lebih indah
Tiada yang Mengundang senyum di wajah
Mahupun suria di dada
Melainkan perasaan cinta ,
Perasaan hubb di jalan Allah itu.
Perasaan yang meringankan beban di jalanan
Mahupun menyejukkan dan menyegarkan keletihan,
Pada dirimu sahabatku,
Ku utuskan sebuah rabithah
Buat kesekalian kalinya buat dirimu…
nukilan muharikah/aisyahz

No comments: