Tuesday, February 8, 2011

I MISS YOU ALL :')



My bestfriends AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in Prep 1E,
When we didn't know each other at first,
But not long after that we were like close frens.
I still remember...
How the teachers used to scold us because we made too much noise.
And the principal used to yell from accross the building...

My bestfrens AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in prep 2E,
We were screaming because of monkey attacks
And I still remember
We were called by Ustaz Shahrom about that Khat paper
And Nisah was accused
Pity her

My bestfriends AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in Form 1E,
We were scolded by the vice principal,
because we made too much noise(again).
We were excited showing off our panda teddies,
And i still remember...
When we used to hide under the table to avoid form 5 students
Haha..
And we cried because Uswah was about to leave to UK.

My bestfriends AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in Form 2E,
We fought a lot,
just because of small matters.
I still remember...
We broke the rules
By bringing novels and VCDs to school
And caught red-handed by the BHEP.
And i still remember...
We started to tease Nisah..hehe

My bestfriends AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in Form 3E,
Uswah got back from UK and joined us again.




I still remember...
Some of you were locked in the classroom because the door was jammed
Then i cried because it was my fault
But you guys backed me up.
And I still remember...
Cikgu naza yelled ''yg lain DIAM!!!'' at us
And we still remember it until now.

My best friends AZRAQ JUNIOR
I still remember...
When we were in Form 4E,
We participated in the national day
We gave nutella on our teeth and all the people were grossed out




And we won several prizes that year: lucky class, most class entries and we earned a couple of certificates.






I still remember...
We fought a lot,
without knowing what the reasons were.
But we never questioned back,
what past is past.




I still remember...
we started to love baseball,



and played it everyday until our whole body felt sore.

But now..
We are in Form 5B, 5C and 5D,
We are seperated after six years we were together.
But our friendship still remain...and i hope it will remain.






There're so many of our bittersweet memories,






but it was too many, i can't manage to write it here.
Nevertheless it will always remain in my mind
Forever...insyaAllah






Done by ZQ707(ZQnadiah)

Monday, February 7, 2011

safety belt

assalamualaikum warahmatullah..

Pada suatu petang yang hening...berhampiran surau al FALAH, IPG Kampus Pulau Pinang...


Setelah selesai solat berjemaah, saya*(saya di sini seorang muslimah, bukan pencoret blog ini) mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.


" Awak, boleh saya tanya?"


"Hmm, absolutely..boleh apa salahnya" Jawab saya sambil tersenyum.


"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.


Saya terdiam. Tidak saya sangka, itu soalannya..

"Tapi kenapa ya?"
"Tidak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.


Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.. =)


" emm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"


Dia mengangguk


"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.





"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.



hehe...ape ye??
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk sangat" dia menjawab ringkas.


"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?? Saya bertanya lagi untuk menduga.


"Eh, kenalah pakai jugak... Even dia dah cekap memandu pom like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.


"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"


"Tak rimas ke? kadang orang-orang ada jugak tak selesa pakai seat-belt ni, katanya rimas"


"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"


Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.


"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."


Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut..hehe..


"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu.
Tujuannya sama. iaitu "keselamatan"
Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan?
Tak berdosa, kan?
Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"



Dia menggeleng kepala tanpa suara.


" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar.. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti.. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. yup, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya... Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe"... Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan... Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini...


Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat... Ketat sana, singkat sini... Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.





"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama kita supaya menjaga diri melalui pemakaian..." =)


"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.





"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak?.. Saya terus bertanya... Dan dia mengangguk.


"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..


Dia mengangguk...


"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.


" okey.." Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.


Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil b'monolog sendirian.


'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya... =) .moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.


dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

jadi kesimpulannya kawan2,
tudung labuh bukannya kita nk tunjuk kita nie alim ke ape..
kita just ikut syariat ... tak perlu la kita terlalu berfesyen sangat sehingga menyingkapi tudung yang sememangnya labuh....lilit situ lilit sini...
jangan segan dalam menutup aurat, mungkin pada awalnya merasa sedikit gugup, segan... mungkin kita takut dikatakan alim oleh teman2.... teman2 pula sibuk m'perkatakan itu ini, bagilah support kepada si pemakai...jangan " 'MEMERLI " perkara baik...ni sehinggakan nampak pelik kawannya memakai tudung labuh....
usah khuatir si pemakai...
akhirnya nanti, jika lama2 nanti mereka akan terbiasa juga, mereka akn terima seadanya... percayalah =)... sekian..

Sunday, February 6, 2011





The hate that I feel in my heart is real,
But these are feelings that I don't want to feel.
Please Allah help me to be strong,
As I know feeling like this is wrong.
You know the pain and anger that I feel in my heart,
Please take it away, make it depart.
I'm so tired and weary Dear Lord,
These feelings I cannot afford.
I want to feel alive, I want to feel free,
I want to be the best Muslim that I can be.
Please take this pain, throw it away,
I need to prostrate to You and pray.
Please Allah forgive my anger,
These feelings are from Shaitan- I'm in danger!
Please calm my heart, calm my mind,
Let me feel the peace that I yearn to find.
Thank You Allah for hearing me out,
Thank You Allah for allowing me to take the right route.

Thursday, January 27, 2011

kepadaMu YaAllah YaRabbana..

Sebenarnya hidup memang kosong. Kalau tak kenal penciptaNya.
Hidup memang tak ada erti kalau tak tahu cintaNya. Dan tak tahu menyintaiNya.
Dialah segalanya. Yang menciptakan aku. Dirimu. Dialah.
Dialah yang mengatur hidupku. Hidupmu. Dialah.
Yang tak pernah jemu menerima doa-doamu.
Setiap detik. Bahkan lagi kecil dari detik kiraanmu. Kiraanku.
Kita dan Dia. Kita terlalu hina. Seperti debu dijalanan. Kotor, ringan, tiada makna.

Dan Dia tetap kasihkan kita.
Sepenuhnya..

Dan itulah hidup memang kosong dan tiada makna.
Andai bukan dijalanNya.
Kalau tak menjadi hambaNya yang seperti Dia mahukan.

Dan kepadaMu ya Allah
Inilah aku. Ku terserah dan berserah

semoga diri ini akan tetap istiqamah menerusi pejuangan Rasulullah..berharap setiap kaki melangkah di redhai olehNya..:')
amiin amiin inshaAllah

wassalam warrahmah..

Wednesday, January 26, 2011

RENUNGAN BERSAMA

assalamualaikum warahmatullah...

Yg jauh adlah MASA yg berlalu..
Yg dekat adlah saat datangnya MATI..
Yg berat adlah memegang AMANAH..
Yg ringan adlah berbuat dosa sesama manusia & meninggalkan SOLAT..
Yg besar adlah HAWA NAFSU manusia yg tidak pernah mencapai kepuasan....




bila muhasabah balik dgn smua kata2 yang di atas...terasa betul2 terjadi dalam kehidupan seharian kita..msa yang ada sekarang ini akan berlalu pergi dan akan meninggalkan kita jauh.. msa yang ada sekarang tidak akan dpt di ulang kembali dan setiap saat akan menangkap catatan baru.. kerana itu, bila fikir ulang dan fikiran tu di ulang lagi..dari pada kita mencatat sejarah dgn benda yang tidak mendatangkan manfaat buat diri kita utk jadi masa lalu, maka lebih baik la utk kita mencipta masa indah dgn meluangkan aktiviti yang bermanfaat bg hati minda dan fizikal kita..

dekat nya kita dgn mati juga salah satu cara kita akan takut dan jemu utk melakukan kemaksiatan kepada Allah. jika sekiranya mati bukan jdi satu motivasi utk diri kita...akan huru hara lah dunia dengan kemaksiatan bermaharaja lela..dpt kita perhatikan sekarang manusia bersikap takut mati dan cinta dunia..sesuai dgn sabda Rasul kita tentang penyakit tersebut(cinta dunia takut mati). na'uzubillah min zalik.. semoga mati mengajar mendidik dan memotivasikan kita utk sentiasa melakukan kebaikan keranaNya..

manakala yang berat itu adalah AMANAH. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. astagfirullahal aziim :'( betapa berat amanah itu untuk dijalankan..semoga kita tergolong dari org yg tidak mengkianati amanah tersebut..inshaAllah..amiin.

'ala kulli hal...semoga kita dapat menjaga batas2 pergaulan dan diri kita dari terjerumus ke lembah yang dilarang olehNya. semoga Allah memberkati hidup kita dengan rahmat dan kasih dari Yang Maha Esa..amiiin

minta maaf utk semuanya..
wassalam warrahmah..

Tuesday, January 25, 2011

akan selalu menangis :')



assalamualaikum warahmatullah... bismillahirrahmanirrahim...<3


pejuang akan selalu menangis
sebab perjuangan itu menuntut kepayahan
menuntut keperitan
menuntutn kesakitan

pejuang memang akan selalu menangis
seperti Rasul saw menangis dibawah pohonan itu
tatkala sedang berjuang menyebar tauhid

pejuang memang akan menangis
kerana pejuang itu akan diuji
tiada perjuangan tanpa ujian
tiada perjuangan tanpa melalui onak duri
siapa jalannya mudah, bukanlah dia pejuang

pejuang akan merasa pahitnya setiap nafas
kerana syurga ilahi menanti disana
pejuang akan merasa beratnya setiap langkah
kerana syurga Allah itu harganya mahal

namun pejuang akan tersenyum terpaling manis
kerana segalanya kerana Allah dan Rasulnya..

wahai pejuang...
Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu (9:105)

wassalam warrahmah...<3
selamat berjuang menempuh hari-hari mendatang...

Monday, January 24, 2011

~ TIADA ISTILAH PUTUS ASA DLM DIRI ~

Assalamualaikum warahmatullah..Bismillahirrahmaanirrahiim..

Setiap yg bergelar insan pasti tidak akan terlepas dgn pelbagai masalah, cabaran dan dugaan, samada kecil atau besar.

Semua itu adalah KETETAPAN ALLAH bagi menguji keutuhan iman di dlm hati. Usah persalahkan nasib jika diri ini dibebani dgn pelbagai kesulitan kerana semua itu adalah TAKDIR ALLAH. Tidak ada istilah 'nasib' kerana setiap apa yg berlaku dlm hidup ini atas KETENTUAN-NYA. Sebagai insan yg taat kpd Allah, kita perlu menerima segala KETENTUAN dan KETETAPAN Allah dgn hati yang redha, beriman kpd Qada dan Qadar.

Biarkan rsa sedih, kecewa dan terluka bersarang dlm hati, usah sesekali timbul rsa putus asa atas sgla yg ditentukan. Firman Allah swt yg bmaksud, "APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA MENGATAKAN; KAMI TELAH BERIMAN SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI LAGI?".

Jika kita mrasakan diri kita malang krn dihimpit masalah kiri dan kanan, depan dan belakang, ingatlah bukan kita seorang yg diuji malah ada insan lain yg lebih hebat dugaannya.

Sikap putus asa memang dilarang Allah dan sesiapa yang sedang mengalami perasaan ini, MOHONLAH KEAMPUNAN ALLAH.

Allah mjelaskan hal ini dlm sebuah ayat yg sungguh indah maknanya: "KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD); Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, krn sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani".

Lihatlah persekitaran kita hari ini. Ramai yg mudah berputus asa sehingga sanggup membunuh diri! Sungguh mudah seseorang itu myerah kalah dlm kesulitan yg dilalui.

Jika kita pernah gagal, ini TIDAK BERMAKNA KITA AKAN GAGAL SELAMANYA. Persoalan penting adalah BAGAIMANA KITA MENGENDALIKAN dan BERHADAPAN dgn kegagalan itu.

Allah tak pernah bsikap zalim pd hamba-hambaNya. Bahkan Dia Maha Adil dlm segala sesuatu. Dia telah memberi kt nikmat yg begitu banyak tetapi kelemahan manusia SELALU ALPA, TIDAK SEDAR DIRI dan KURANG BERSYUKUR atas apa yg diberi.

Firman Allah swt, "APAPUN MANUSIA APABILA TUHAN-NYA MENGUJINYA LALU DIMULIAKAN-NYA DAN DIBERIKAN-NYA KESENANGAN, MAKA DIA BERKATA: TUHANKU TELAH MEMULIAKANKU. ADAPUN APABILA TUHAN-NYA MENGUJI LALU MEMBATASI REZEKINYA MAKA DIA BERKATA: TUHANKU MENGHINAKANKU. SEKALI-KALI TIDAK (DEMIKIAN)."

Doa dibawah dpt melembutkan hati yg keras agar bertaqwa kpd Allah:
(ayat 51 surah Taubah) - sebaiknya amalkan setiap solat Subuh dan Maghrib..
Maksudnya; "SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENIMPA KAMI MELAINKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH BAGI KAMI. DIALAH PELINDUNG KAMI, DAN HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAQAL "

inshaAllah sehari-hari kena berusaha untuk sucess selalu!:) Allah is always near~~:) inshaAllah
wassalam warrahmatullah...<3

inteam & mestica - kerana cinta

Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


suka sgt dengan lagu ni..:') <3

keranaNya

Assalamualaikum warahmatullah..

wah..lama sudah rasanya blog ni x ada update~ a year? ..
now..alhamdulillah alhamdulillah..Akhirnya ada ruang utk menulis segala coretan yang tersirat dan tersurat...inshaAllah...semoga bermanfaat bagi pembaca.

2011..semakin hari, umur semakin berkurang..tahun semakin meningkat...amalan?? hm Allah A'laam.. semoga setiap detik saat dan masa..amalan seiring dgn umur...dan baki tahun yang tertinggal ni..harap2 akan lebih menjadi manfaat dari sebelumnya..

Hari-hari ku lalui penuh dengan cabaran dan Alhamdulillah penuh dengan kesibukan walaupun sedang cuti nak masuk Uni,InshaAllah.. semoga kesibukan yang ku hadapi ni, kesibukan yang boleh memberi makanan hati dan minda..

dalam hidup..tak pernah lari dari perkataan "Mujahadah". Mujahadah ni asal perkataan bahasa arab dari Ja ha da (bersungguh2)..Mujahid pula, seorang yang melakukan sesuatu dgn bersungguh2..manakalah mujahadah pulak..apa ye? hee..Mujahadah adalah sesuatu yg berkait rapat dgn bersungguh2 utk melawan sesuatu..bersungguh2 utk membuat sesuatu...

contoh : seorang pelajar. dia sangat suka untuk bermain dengan kawan2 dan sebagainya. apabila exam dah nak start dia kena mujahadah untuk kurangkan semua aktiviti yang boleh membuatkan dirinya tidak fokus utk study..

masih kurang paham lgi? bg pendapat secara peribadi..Mujahadah ni bermaksud meninggalkan sesuatu yang disukai untuk melakukan sesuatu yang lebih penting..atau melakukan sesuatu yang diluar dari kebiasaan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah jua..

ada sebuah hadith Rasulullah, kira2 bermaksud : Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan..

semoga kita tergolong antara mereka yang melakukan 
segalanya yang bermanfaat dan lebih2 lagi melakukan adalah semata2 untuk beribadah kepadaNya yang Maha Esa..inshaAllah..

"dan tidak Aku(Allah) ciptakan Jin dan Manusia itu, melainkan semata2 utk beribadah kepadaKu.."

seperti iqrar pengakuan kita setiap dalam solat sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah "sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupuku, matiku kerana Allah sekalian alam"

semoga ibadah sentiasa dalam pemerhatianNya..inshaAllah..
hidup dan mati keranaNya yang satu..

sampai sini sja dulu..wassalam warrahmah...

Tuesday, June 23, 2009

langkah tercipta

assalamu'alaikum warahmatullah..

Kehampaan,kesedihan..selalu menghantui perasaan ana..
semangat utk berjuang pun kian mati bila perasaan di seluputi rasa kesedihan..
dugaan..ujian...kdg2 membuat ana lemah..tpi ana pasti dan yakin pada setiap ujian dan dugaan pasti ada rahmat..hikmah...yg menjunam tinggi..

yaAllah..
ana harap kecekalan hati,diri n iman akan sentiasa bersemadi hingga hujung nyawa..dlm menyeru agama islam yg satu,menegakkan panji2 iman..insyaAllah..

dari senikata lagu di bwah..mungkin dpt antum membayangkan luahan hati perasaan ana..
semoga nahnu semua..di bwh rahmat Nya jua & merasai kemanisan iman setiap masa..amiin..


::..langkah tercipta..::
UNIC

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


aqilah016

Sunday, June 7, 2009

siapa ni?


siapa kah gerangan 3 perempuan ini..??jeng2...
siapa pun dia...marilah kita bersama menjadi muslimah yg cemerlang gemilang terbilang...
insyaAllah...Allahu Akbar!!

Siapa Dia Muslim?

assalamu'alaikum warahmatullah...
jom renung hadith2 Rasul kita,siapa dia muslim kepada muslim yg lain??=D


Dari nu’man bin Basyir ra, Rasulullah SAW bersabda, Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang diantara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”(HR. Muslim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (HR. Muslim)


Rasul s.a.w telah menjelaskan,bahwa seorang muslim ibarat satu jasad dan mereka juga adalah bersaudara..maka,jika muslim itu..diibaratkan satu jasad..hm..secara logik nya..no one of us,yg ingin menyakiti jasad nya sendiri...
wassalam..wallaha'laam..
"dan tolong menolonglah kamu,ke arah kebaikan dan JANGAN kamu tolong-menolong dalam melaksanakan kejahatan"
aqilah016

cintaku hanya milik Mu

Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…



AQILAH016

Thursday, May 21, 2009

if you think of ME

assalamu'alaikum warahmatullah......

Allah said:
..'If you think of me in your heart, I will think of you in mine. If you mention me to another person, I will mention you to one of my angels. If you talk of me amongst a gathering of people, I will talk of you amongst a gathering of angels.'

wallahua'laam =
D




aqilah016

Sunday, May 10, 2009

JANGAN MENGELUH........


Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286



--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45



--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111


--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129



--------------------------------------------------------------------------------

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12




aqilah016

Saturday, May 9, 2009

assalamu'alaaikum warahmatullah..
alhamdulillah..after nearly a month nada hntr berita to this blog...now,di bgi peluang lagi..myb tuk share ilmu...or gv some tazkirah...hehe..insyAllah..

1st of all...kaifahal antum antunna sekalian??kaifa imanukum??kaifa qalbukum??
harap2 evryone dlm rahmat Nya jua...semoga tetap istiqomah dlm jln menuju ke redhaanNya jua..amiinn..hm..dlm 2weeks from now...exam coming~~
Jihad fisabillillah...do'akn kejayaan we all k??jazakumullah khairan...smoga semua mndpt kecemerlangan n dpermudahkn dlm menjawab soalan peperiksaan..

dlm kesibukan 'rivision week' ne..teingat keperitan saudara islam di luar sana..yg di tindas,cannot study mcm tni...sometimes we all smpat lgi mengeluh 'tired' dlm mengerjakan amanah atau tugasan yg di berikn...padahal saudara seislam kita..amat memerlukan bimbingan ilmu..but we all..seolah2 nda mensyukuri apa yg dh di beri for us.. =( huhu...

apa2 pun..kita do'a kn ja ikhwan muslimiin tni di luar sana..dlm keadaan selamat dri kekejaman org2 yg zalim...amiin...

last but not least...all the best,bittaufiq wannajah ya sahabatiiii jami'aan..fi imtihaninaa..
al-jiddu hadafuna..war qiyyu amalunaa..wal ghaddul musyriquu amamanaa...

wassalam..fi amanillah..


"jadilah rumput nan lemah lembut tak mudah dipukul ribut,jadilah karang di dasar lautan tak terusik dilanda badai"


aqilah016

Tuesday, March 31, 2009

Kenyataan hidup,disebalik permainan ini..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya adakapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satupermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.
Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentusaja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yanghaq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasadengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamutidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanyasudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekaranganda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnyaberpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidakakan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islamdihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahandari pinggir, sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanyamurid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidaklagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidakakan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiranmasing-masing di kepalanya...
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DANHIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWAAGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGANKEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

cahaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
bismillahirrahmanirrahiim...kaifahal antum/antunna sekalian yg read my blog..??ana harap dalam keadaan sihat sejahtera dlm nikmat n perlindungan Allah jua...amiinn...selawat serta salam buat junjungan besar,Nabi Muhammad SAW...terlalu byk nikmat+kurnia Allah utk we all smua...sedari awal bangun pagi hingga waktu malam..nikmat Allah utk makhluk nya..no putus2..beterusan..
cahaya sinaran matahari pagi,merupakan sati nikmat yg amat tinggi/besar nilai nya..cuba kita bygkn..khidupan kita tanpa cahaya??mungkin akan terasa lemas,dlm keadaan gelap n gelita..
definisi cahaya amat byk..ilmu juga diumpama kn seperti cahaya utk diri/kehidupan kita...
tanpa ilmu..kita tidak dpt mnjalan kn kehidupan dgn sempurna...cahaya..tidak boleh dicampur adukkan dgn sesuatu yg boleh menghapuskn nya...ilmu...tidak boleh diiringi dgn perlakuan maksiat yg sembunyi,apa th lagi maksiat yg nyata...kerana ilmu itu ibarat cahaya...jika dibanjiri dgn dosa..maka cahaya akan pudar...
syukran,jazkumullah khairan..
ana harap sedikit tazkirah tentang 'cahaya' diatas,dapat memberi sedikit manfaat kpd antum sekalian..insyaAllah..
wallahua'alam..sekian wassalam...
aqilah016

Thursday, March 26, 2009

Diamku ini..


DIAMKU INI..

KALAU aku enggan berbicara
jgnlh engkau berburuk sangka
kerana diamku ini,bukanlah malu..
KALAU aku enggan berkata
jgn pula kau pantas menuduh
kerana diamku ini,bukan kerna aku tak mahu..
KALAU aku enggan bercerita
jgn dulu kau curiga
kerana diamku ini bukan sombong
& diamku ini bukan ego..
KALAU aku enggan berjenaka
jgnlh engkau menaruh prasangka
kerna diamku ini,bukan dtg kerana iri..
SEBENARNYA..
diamku ini..
kerana aku benci..
berbicara pada yg tiada..
berkata pada yg berpura..
bercerita pada yg tak nyata..
berjenaka pada yg tak sejahtera..
direka oleh:
SHUKRI MOHD ALI,PERAK.

Thursday, March 19, 2009

Lirik Mencari Cinta Teragung

Assalamu'alaikum warahmatullah..
just want to share lirik lagu ni...
& sekaligus muhasabah diri sendiri jua..
terkadang,diri sendiri terlalai dgn arus kehidupan dunia fana ni..
but thanks to org2 yg owez besides me..my beloved akhawatii fillah..
mencari cinta teragung,satu cinta yg mmg tidak akan mengecewakan bgi stiap jiwa2 bergelar hambaNya..insyaAllah..
to akhawatii fillah...uhibukunna fallah,abadan abadaa..insyaAllah..
"ku sangka teguh~kiranya masih rapuh..ku sangka mudah~namun amat payah.."

Hayatilah..

Mencari Cinta Teragung

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi