Monday, January 24, 2011

keranaNya

Assalamualaikum warahmatullah..

wah..lama sudah rasanya blog ni x ada update~ a year? ..
now..alhamdulillah alhamdulillah..Akhirnya ada ruang utk menulis segala coretan yang tersirat dan tersurat...inshaAllah...semoga bermanfaat bagi pembaca.

2011..semakin hari, umur semakin berkurang..tahun semakin meningkat...amalan?? hm Allah A'laam.. semoga setiap detik saat dan masa..amalan seiring dgn umur...dan baki tahun yang tertinggal ni..harap2 akan lebih menjadi manfaat dari sebelumnya..

Hari-hari ku lalui penuh dengan cabaran dan Alhamdulillah penuh dengan kesibukan walaupun sedang cuti nak masuk Uni,InshaAllah.. semoga kesibukan yang ku hadapi ni, kesibukan yang boleh memberi makanan hati dan minda..

dalam hidup..tak pernah lari dari perkataan "Mujahadah". Mujahadah ni asal perkataan bahasa arab dari Ja ha da (bersungguh2)..Mujahid pula, seorang yang melakukan sesuatu dgn bersungguh2..manakalah mujahadah pulak..apa ye? hee..Mujahadah adalah sesuatu yg berkait rapat dgn bersungguh2 utk melawan sesuatu..bersungguh2 utk membuat sesuatu...

contoh : seorang pelajar. dia sangat suka untuk bermain dengan kawan2 dan sebagainya. apabila exam dah nak start dia kena mujahadah untuk kurangkan semua aktiviti yang boleh membuatkan dirinya tidak fokus utk study..

masih kurang paham lgi? bg pendapat secara peribadi..Mujahadah ni bermaksud meninggalkan sesuatu yang disukai untuk melakukan sesuatu yang lebih penting..atau melakukan sesuatu yang diluar dari kebiasaan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah jua..

ada sebuah hadith Rasulullah, kira2 bermaksud : Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan..

semoga kita tergolong antara mereka yang melakukan 
segalanya yang bermanfaat dan lebih2 lagi melakukan adalah semata2 untuk beribadah kepadaNya yang Maha Esa..inshaAllah..

"dan tidak Aku(Allah) ciptakan Jin dan Manusia itu, melainkan semata2 utk beribadah kepadaKu.."

seperti iqrar pengakuan kita setiap dalam solat sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah "sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupuku, matiku kerana Allah sekalian alam"

semoga ibadah sentiasa dalam pemerhatianNya..inshaAllah..
hidup dan mati keranaNya yang satu..

sampai sini sja dulu..wassalam warrahmah...

No comments: