Tuesday, March 31, 2009

Kenyataan hidup,disebalik permainan ini..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya adakapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satupermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.
Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentusaja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yanghaq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasadengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamutidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanparasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanyasudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekaranganda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnyaberpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidakakan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islamdihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahandari pinggir, sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggameskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanyamurid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidaklagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidakakan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar"."Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiranmasing-masing di kepalanya...
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DANHIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWAAGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGANKEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

cahaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
bismillahirrahmanirrahiim...kaifahal antum/antunna sekalian yg read my blog..??ana harap dalam keadaan sihat sejahtera dlm nikmat n perlindungan Allah jua...amiinn...selawat serta salam buat junjungan besar,Nabi Muhammad SAW...terlalu byk nikmat+kurnia Allah utk we all smua...sedari awal bangun pagi hingga waktu malam..nikmat Allah utk makhluk nya..no putus2..beterusan..
cahaya sinaran matahari pagi,merupakan sati nikmat yg amat tinggi/besar nilai nya..cuba kita bygkn..khidupan kita tanpa cahaya??mungkin akan terasa lemas,dlm keadaan gelap n gelita..
definisi cahaya amat byk..ilmu juga diumpama kn seperti cahaya utk diri/kehidupan kita...
tanpa ilmu..kita tidak dpt mnjalan kn kehidupan dgn sempurna...cahaya..tidak boleh dicampur adukkan dgn sesuatu yg boleh menghapuskn nya...ilmu...tidak boleh diiringi dgn perlakuan maksiat yg sembunyi,apa th lagi maksiat yg nyata...kerana ilmu itu ibarat cahaya...jika dibanjiri dgn dosa..maka cahaya akan pudar...
syukran,jazkumullah khairan..
ana harap sedikit tazkirah tentang 'cahaya' diatas,dapat memberi sedikit manfaat kpd antum sekalian..insyaAllah..
wallahua'alam..sekian wassalam...
aqilah016

Thursday, March 26, 2009

Diamku ini..


DIAMKU INI..

KALAU aku enggan berbicara
jgnlh engkau berburuk sangka
kerana diamku ini,bukanlah malu..
KALAU aku enggan berkata
jgn pula kau pantas menuduh
kerana diamku ini,bukan kerna aku tak mahu..
KALAU aku enggan bercerita
jgn dulu kau curiga
kerana diamku ini bukan sombong
& diamku ini bukan ego..
KALAU aku enggan berjenaka
jgnlh engkau menaruh prasangka
kerna diamku ini,bukan dtg kerana iri..
SEBENARNYA..
diamku ini..
kerana aku benci..
berbicara pada yg tiada..
berkata pada yg berpura..
bercerita pada yg tak nyata..
berjenaka pada yg tak sejahtera..
direka oleh:
SHUKRI MOHD ALI,PERAK.

Thursday, March 19, 2009

Lirik Mencari Cinta Teragung

Assalamu'alaikum warahmatullah..
just want to share lirik lagu ni...
& sekaligus muhasabah diri sendiri jua..
terkadang,diri sendiri terlalai dgn arus kehidupan dunia fana ni..
but thanks to org2 yg owez besides me..my beloved akhawatii fillah..
mencari cinta teragung,satu cinta yg mmg tidak akan mengecewakan bgi stiap jiwa2 bergelar hambaNya..insyaAllah..
to akhawatii fillah...uhibukunna fallah,abadan abadaa..insyaAllah..
"ku sangka teguh~kiranya masih rapuh..ku sangka mudah~namun amat payah.."

Hayatilah..

Mencari Cinta Teragung

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Oh, ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
O.. akhirnya aku temui kedamaian abadi

ingatan bersama

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum warhmatullah..
"Usia dunia sudah sangat hampir ke penghujungnya,sangat! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly)''

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.

Friday, February 6, 2009

new school,new environment~

1st day @ SMALHB

assalamu'alaikum warahmatullah..
alhamdulillah..alfu mabruk utk semua tingkatan 6 bawah 2009..

kami mengikuti minggu ta'aruf & silaturrahim selama 3 hari~
best~alhamdulilah..evrything berjalan dgn lancar..hehe
letih sgt la..p nda teruk laa..hehe

ana & fajrina kelas 6bwh usuluddin in Rummani..
hazah & hasanah kelas 6bwh usuluddin in banafsaji..
aliz & ND kelas syari'ah..

new school,new environment,new class..
scary jua laa..but,insyaAllah..after dh biasa dgn skulah tu..nada yg scary tu..hehe..insyaAllah..

"La Takhaf,Wa La Tahzan..InnaAllaha Ma'anaa"
(jgn takut,jgn bersedih..sesungguhnya Allah bersama kita)

TO ALL OF US(DZAHRA & SMALHB's STUDENTS),
SELAMAT BERJUANG DI MEDAN SETERUSNYA..
WE ARE IN PRA-UNIVERSITY..BUKAN LAGI SECONDARY..

ILAL MAJDI WAL 'ULA!!
WE HAVE TO BE MORE MATURE IN THIS LEVEL..INSYA-ALLAH~
ISLAM & IMAN ADALAH ASAS TANI AS SMALHB's STUDENTS..

ok..sampai sini saja dulu..insyaAllah..

ALLAHU AKBAR!!
ILAL MAJDI WAL 'ULA..
KE ARAH KEMULIAAN & KETINGGIAN..
wassalam..

Tuesday, January 27, 2009




FREE PALASTINE!!


YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH AZAB MU KEPADA ISRAEL!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Saturday, January 24, 2009

assalamu'alaikum warahmatullah..
akhawat fillah..
marilah kita sama-sama berdiri,
menegakkan panji-panji Islam..
marilah kita bersatu di atas jalan Islam..
walau kita di sisih masyarakat..
untuk bersama-sama mendapat berkat..
kita...harus maju & bersatu didalam islam..
kerna sekarang,Islam telah di pandang satu agama..
satu agama yang asing dlm kehidupan..
kita harus bersatu..
membela Islam...
menyeru di jalanNya..
membela syari'at Nya..
mencurahkan mahabbah kepadaNya..
berkasih sayang,hanya utkNya..
bertemu & berpisah keranaNya..
jangan pernah berputus asa dgn rahmatNya..
kita jadikan agama kita...
Satu agama Islam yang gemilang,seperti dahulu kala..
kerna ku tahu..mawar berduri..
mampu untuk menegakkan Agama Islam...
insyaAllah..
jadilah seindah mawar yang berduri,
yang menegakkan Islam hakiki..
ALLAHU AKBAR!

Friday, January 23, 2009

PAKU DAN ERTI KEHIDUPAN

assalamu'alaikum warahmatullah...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:
"Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubangdi tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketikamarah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

WASSALAM=)

HURAISY


Assalamualaikum warahmatullah....

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..
Wallahu'alam

Thursday, January 22, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang
Segala puji-pujian bagi ALLAH,Tuhan sekalian 'alam,selawat serta salam buat nabi junjungan s.a.w.,ahli kerabat nabi s.a.w. & para pengikutnya..



"ya Allah..selamatkanlah bumi palastine..berikanlah kejayaan kepada seluruh muslimeen&muslimaat di sana,berikan kekuatan kepada mujahidin-mujahidaat yang memperjuangkan agama Islam,menegakkan kebenaran,mempertahankan bumi palastine(kiblat umat islam yg pertama).."



"yaAllah..Kau hancurkanlah israel yang kejam,turunkanlah azabMU kpd mereka,sesungguhnya Engkau lah yang Maha Adil Lagi Bijaksana"



"yaAllah..curahkanlah rahmat serta hidayahMu & keselamatan kepada seluruh muslimeen,muslimaat di muka bumiMu ini yaRahman,yaRahiiim"



"yaAllah..ampunilah segala dosa-dosa sekalian hambaMU,kami telah banyak mengabaikan suruhanMu..serta lalai dalam menangung amanah yang Kau beri,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun & Penerima taubat.."



"yaTuhan kami,bantulah kami utk sentiasa mengingatiMU,mensyukuriMU & membuat ibadah yg terbaik utkMU..& jgn Kau palingkan hati kami selepas Kau berikan hidayahMu kpd kami.."



"wahai pembolak balik hati-hati kami..tetapkanlah hati-hati kami didalam agamaMu"

AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


Bertanya Aisyah :Ya Rasulullah,Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?


Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2 .Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.

4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
wallahu'alaam

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(Teka Teki ) :


Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '

Murid 2 = ' Guru '

Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).




Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '

Murid 3 = ' Matahari '

Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.




Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '

Murid 2 = ' Matahari '

Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'




IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '

Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'




Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '

Murid 3 = ' Debu '

Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '




Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
WALLAHU'ALAAM

Monday, January 5, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


(Khutbah ini disampaikan pada 9Dzulhijjah10H dilembah Uranah, Arafah)



"Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Karenanya dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.




Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci,karenanya pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.




Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.




Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.






Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.
Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.




Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.




Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.




Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.




Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Kerananya semaklah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.




Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini bisa lebih baik dari yang langsung mendengarkan.



Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umat-Mu ya Allah. "

Thursday, January 1, 2009

salam =')




assalamu'alaikum warahmatullah...






selamat tahun baru hijrah 1430


&


selamat tahun baru masihii 2009





THANKS FOR THE MEMORIES DZAHRA..




selamat menempuh jalan yang berliku di hadapan dgn keimanan dan ketaqwaan kpdNya


semoga kita semua tergolong diantara org2 yg tidak lalai..


&


berjaya di dunia juga cemerlang di akhirat sana


amiiiiiinn..




SEE YOU ALL DI MADRASAH SOON..


insyaAllah..




love u all..uhibukunna fillah abadan abada..
wassalam..=)

=)




Wednesday, December 31, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN



assalamu'alaikum warahmatullah..


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
''Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah [Lailahaillallah] semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .

Thursday, December 25, 2008

BACA HOROSKOP,SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhh....


"Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.
Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop.
Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotamia, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. 'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .. "


wallahua'lamm..

Thursday, November 27, 2008

DIALOG ALLAH DENGAN IBLIS [mengenai tempat tinggal]

assalamu'alaikum warahmatullah
Salah seorang sahabat, Ansa bin Malik r.a. berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t. antaranya ialah:-Kata Iblis kepada Allah s.w.t.: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas).”Iblis berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat hiburan dan sebagainya).”Iblis berkata lagi: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkanlah kepadaku apakah bahan bacaanku?”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan denganya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk sembahyang berjamaah). Apakah azanku (untuk mengumpulkan orang).”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan para Rasul) kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku.”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, para utusanmu ialah dari dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, tulisanmu ialah tulisan gincu yang palsu di badan (seperti lukisan-lukisan dilengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku.”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebutkan dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah).”Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Kalau seseorang itu makan dengan tidak membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila seseorang itu makan dan dimulai dengan bismillah maka syaitan tidak akan dapat makan bersama bahkan syaitan akan memuntahkan kembali apa-apa yang sudah dimakannya.”Ibrahim Annakhaai berkata: “Kalau seseorang itu masuk ke rumahnya dan memberi salam, maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat bagiku di sini.” Dan kalau seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini.” Akan keluarlah syaitan dengan rasa kecewa.”