Wednesday, August 3, 2011

Tarbiyah atau Terbiar.....

assalamualaikum warahmatullah...

dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Pemurah.
semoga setiap coretan yang tercatat ini hanya ingin mendapatkan keredhaanNya, inshaAllah..
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

segala puji-pujian syukur ke hadratNya, hari ini masuk hari ke dua berpuasa dan alhamdulillah, Dia telah banyak memberikan nikmat tenaga dan kudrat untuk melakukan aktiviti seperti kebiasaan hari yang telah berlalu sebelum ramadhan tiba..

dalam perjalanan mencari redha Ilahi, sekarang Allah telah menetapkan Princess di sebuah universiti, bilamana..Allah meletakkan kita di suatu tempat pasti ada tugasan yang harus di laksanakan, pasti ada kerja yang mesti di lakukan...dan pada setiap tempat kita di letakkan..berlainan ragam yang akan kita jumpa..di situ kita akan mengenal yang namanya TARBIYAH

alhamdulillah, kemasukan Princess ke alam universiti..pasti, alam nya sangat banyak perbezaan dari alam persekolahan..minggu ni, inshaAllah masuk minggu kedua berjinak-jinak dengan suasana universiti..


berbalik semula tentang tangungjawab,TARBIYAH dan tugasan yang Allah amanahkan kepada setiap jiwa yang bergelar hamba..dalam sedar atau tanpa sedar, setiap hari Allah telah mengamanahkan kita satu perkara...semoga Princes tergolong dalam mereka yang sedar akan tanggungjawab yang harus Princess pikul..dan menyedari hakikat sebenar erti Tarbiyah dalam kehidupan..

memegang firman nya dalam hati setiap hari, "sesungguhnya kamu sebaik-baik ummat yang di ciptakan, mengajak kepada kebenaran dan menjauhi kemungkaran" , setiap kali teringatkan ayat tersebut, hati mula rasa bangga..kerana diri ini terpilih dikalangan mereka yang diciptakan sebaik-baik ummat..tapi, untuk menjadi yang terbaik itu..bukan semudah seperti Princess menaip segala huruf huruf..Allah telah menyambung ayat itu dengan..sebaik-baik ummat itu adalah mereka yang mengajak kepada KEBENARAN..dan MENJAUHI kemungkaran...


mengajak kebenaran memang sangat sangat 'ngam' dengan seorang yang bergelar khalifah dimuka bumi Allah ini, tambahan pula Princess mengambil jurusan akidah dan dakwah, maka benda tu terasa satu kewajiban terhadap diri ni...

"اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويل"-YaAllah berikan aku kefahaman dalam agama dan pengetahuan dalam mentafsir.. amin!

and sudah pasti, semua pembaca ingin kan syurgaNya...begitu juga Princess, sangat sangat meninginkan nikmat syurgaNya, berduduk di atas katil dengan buah buahan yang enak, dengan senda gurau yang benar, bertemu Rasulullah, bertemu denganNya yang Maha Mencipta..pasti semua mengingankan itu , right?

tapi, untuk mendapatkannya..bukan hanya mengimani dengan hati tanpa berbuat apa apa...mari, Princess membawa semua nya untuk berfikir dalam satu anology andaian yang Princess buat ni..

setiap pelajar, yang ingin mendapatkan scholarship pasti berusaha dengan bersungguh sungguh untuk mendapatkan yang terbaik, tapi...pelajar tersebut tidak hanya mengulangkaji pelajaran...malahan dia akan selalu berjumpa gurunya untuk mendapatkan kepahaman yang mantap, dan ingatan yang kuat...akan selalu berdikusi bersama teman teman dan sebagainya..akan sentiasa menghormati siapa siapa yang ada di sekelilingnya..mengikuti kegiatan luar, berkomunikasi dengan masyarakat ....


dan, setelah mencapai gred A dalam peperiksaan, lulus dengan cemerlang...pemilihan penerimaan untuk melanjutkan pelajaran iaitu biasiswa kerajaan akan menilai dengan apa yang telah di peroleh oleh setiap pelajar yang memohon..orang yang memilih tidak akan melihat pada mereka yang mendapat A semata mata, malah mereka akan memilih yang EXTRA DOUBLE ORDINARY..ertinya, yang betul betul melakukan yang terbaik..dalam semua bidang...barulah layak mendapat biasiswa kerajaan..DO YOU GET ME?

balik semula kepada cerita asal..mereka yang terpilih untuk masuk ke SyurgaNya..bukan lah mereka yang melakukan amalan yang biasa biasa saja...seperti solat tanpa mengajak yang lain untuk solat bersamanya..membuat kebaikan tanpa mengajak yang lain untuk membuat kebaikan bersamanya...AKAN TETAPI,orang yang EXTRA ORDINARY person ni, akan mengajak semua orang melakukan kebaikan...mengajak kepada kebenaran...melarang kemungkaran...dia tidak akan berdiam diri dalam kemaksiatan yang berlaku depan mata..mereka akan menjalankan kehidupan dalam tarbiyah dariNya dan melaksanakan semua perintahNYA menurut Al-Quran dan As-Sunnah..inshaAllah..


maka,jalan mana yang kita pilih sekarang? tarbiyah kah atau terbiar? sudahkah kita menjadi diantara mereka yang EXTRA ORDINARY ...layakkah kita untuk mencium bau syurgaNya? adakah kita termasuk dalam barisan menuju syurgaNya? sudahkah kita mengajak manusia kepada kebenaran? dan melarang kemungkaran?...

semoga segala apa yang kita lakukan, mengajak kepada kebenaran dan menghalang kemungkaran..amin! apa apa pun, setiap apa yang kita lakukan, bukan nya sehari kita buat 100 kebaikan, lepas tu give up..tapi, biarlah yang kita lakukan sedikit tapi istiqamah..dan perubahan akan berlaku, ساعة فساعة - step by step..inshaAllah..dan yang pasti, proses pentarbiyahan tidak akan berhenti sehingga nafas terakhir kita..

ya Allah..mudahkan lah segala urusan kami dalam mencapai redhaMu..dalam menyeru manusia kepada kebenaran AgamaMu..mudahkanlah kami yaAllah, yaRabbana...aku memohon padaMu.....

Mujahidah Agama,
PrincessSolehah.

No comments: