Tuesday, January 25, 2011

akan selalu menangis :')



assalamualaikum warahmatullah... bismillahirrahmanirrahim...<3


pejuang akan selalu menangis
sebab perjuangan itu menuntut kepayahan
menuntut keperitan
menuntutn kesakitan

pejuang memang akan selalu menangis
seperti Rasul saw menangis dibawah pohonan itu
tatkala sedang berjuang menyebar tauhid

pejuang memang akan menangis
kerana pejuang itu akan diuji
tiada perjuangan tanpa ujian
tiada perjuangan tanpa melalui onak duri
siapa jalannya mudah, bukanlah dia pejuang

pejuang akan merasa pahitnya setiap nafas
kerana syurga ilahi menanti disana
pejuang akan merasa beratnya setiap langkah
kerana syurga Allah itu harganya mahal

namun pejuang akan tersenyum terpaling manis
kerana segalanya kerana Allah dan Rasulnya..

wahai pejuang...
Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu (9:105)

wassalam warrahmah...<3
selamat berjuang menempuh hari-hari mendatang...

No comments: