Thursday, January 27, 2011

kepadaMu YaAllah YaRabbana..

Sebenarnya hidup memang kosong. Kalau tak kenal penciptaNya.
Hidup memang tak ada erti kalau tak tahu cintaNya. Dan tak tahu menyintaiNya.
Dialah segalanya. Yang menciptakan aku. Dirimu. Dialah.
Dialah yang mengatur hidupku. Hidupmu. Dialah.
Yang tak pernah jemu menerima doa-doamu.
Setiap detik. Bahkan lagi kecil dari detik kiraanmu. Kiraanku.
Kita dan Dia. Kita terlalu hina. Seperti debu dijalanan. Kotor, ringan, tiada makna.

Dan Dia tetap kasihkan kita.
Sepenuhnya..

Dan itulah hidup memang kosong dan tiada makna.
Andai bukan dijalanNya.
Kalau tak menjadi hambaNya yang seperti Dia mahukan.

Dan kepadaMu ya Allah
Inilah aku. Ku terserah dan berserah

semoga diri ini akan tetap istiqamah menerusi pejuangan Rasulullah..berharap setiap kaki melangkah di redhai olehNya..:')
amiin amiin inshaAllah

wassalam warrahmah..

Wednesday, January 26, 2011

RENUNGAN BERSAMA

assalamualaikum warahmatullah...

Yg jauh adlah MASA yg berlalu..
Yg dekat adlah saat datangnya MATI..
Yg berat adlah memegang AMANAH..
Yg ringan adlah berbuat dosa sesama manusia & meninggalkan SOLAT..
Yg besar adlah HAWA NAFSU manusia yg tidak pernah mencapai kepuasan....




bila muhasabah balik dgn smua kata2 yang di atas...terasa betul2 terjadi dalam kehidupan seharian kita..msa yang ada sekarang ini akan berlalu pergi dan akan meninggalkan kita jauh.. msa yang ada sekarang tidak akan dpt di ulang kembali dan setiap saat akan menangkap catatan baru.. kerana itu, bila fikir ulang dan fikiran tu di ulang lagi..dari pada kita mencatat sejarah dgn benda yang tidak mendatangkan manfaat buat diri kita utk jadi masa lalu, maka lebih baik la utk kita mencipta masa indah dgn meluangkan aktiviti yang bermanfaat bg hati minda dan fizikal kita..

dekat nya kita dgn mati juga salah satu cara kita akan takut dan jemu utk melakukan kemaksiatan kepada Allah. jika sekiranya mati bukan jdi satu motivasi utk diri kita...akan huru hara lah dunia dengan kemaksiatan bermaharaja lela..dpt kita perhatikan sekarang manusia bersikap takut mati dan cinta dunia..sesuai dgn sabda Rasul kita tentang penyakit tersebut(cinta dunia takut mati). na'uzubillah min zalik.. semoga mati mengajar mendidik dan memotivasikan kita utk sentiasa melakukan kebaikan keranaNya..

manakala yang berat itu adalah AMANAH. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit bumi, bukit bukau dan gunung ganang, semuanya enggan memikul amanah itu dan khuatir mengkhianatinya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. astagfirullahal aziim :'( betapa berat amanah itu untuk dijalankan..semoga kita tergolong dari org yg tidak mengkianati amanah tersebut..inshaAllah..amiin.

'ala kulli hal...semoga kita dapat menjaga batas2 pergaulan dan diri kita dari terjerumus ke lembah yang dilarang olehNya. semoga Allah memberkati hidup kita dengan rahmat dan kasih dari Yang Maha Esa..amiiin

minta maaf utk semuanya..
wassalam warrahmah..

Tuesday, January 25, 2011

akan selalu menangis :')



assalamualaikum warahmatullah... bismillahirrahmanirrahim...<3


pejuang akan selalu menangis
sebab perjuangan itu menuntut kepayahan
menuntut keperitan
menuntutn kesakitan

pejuang memang akan selalu menangis
seperti Rasul saw menangis dibawah pohonan itu
tatkala sedang berjuang menyebar tauhid

pejuang memang akan menangis
kerana pejuang itu akan diuji
tiada perjuangan tanpa ujian
tiada perjuangan tanpa melalui onak duri
siapa jalannya mudah, bukanlah dia pejuang

pejuang akan merasa pahitnya setiap nafas
kerana syurga ilahi menanti disana
pejuang akan merasa beratnya setiap langkah
kerana syurga Allah itu harganya mahal

namun pejuang akan tersenyum terpaling manis
kerana segalanya kerana Allah dan Rasulnya..

wahai pejuang...
Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu (9:105)

wassalam warrahmah...<3
selamat berjuang menempuh hari-hari mendatang...

Monday, January 24, 2011

~ TIADA ISTILAH PUTUS ASA DLM DIRI ~

Assalamualaikum warahmatullah..Bismillahirrahmaanirrahiim..

Setiap yg bergelar insan pasti tidak akan terlepas dgn pelbagai masalah, cabaran dan dugaan, samada kecil atau besar.

Semua itu adalah KETETAPAN ALLAH bagi menguji keutuhan iman di dlm hati. Usah persalahkan nasib jika diri ini dibebani dgn pelbagai kesulitan kerana semua itu adalah TAKDIR ALLAH. Tidak ada istilah 'nasib' kerana setiap apa yg berlaku dlm hidup ini atas KETENTUAN-NYA. Sebagai insan yg taat kpd Allah, kita perlu menerima segala KETENTUAN dan KETETAPAN Allah dgn hati yang redha, beriman kpd Qada dan Qadar.

Biarkan rsa sedih, kecewa dan terluka bersarang dlm hati, usah sesekali timbul rsa putus asa atas sgla yg ditentukan. Firman Allah swt yg bmaksud, "APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SAHAJA MENGATAKAN; KAMI TELAH BERIMAN SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI LAGI?".

Jika kita mrasakan diri kita malang krn dihimpit masalah kiri dan kanan, depan dan belakang, ingatlah bukan kita seorang yg diuji malah ada insan lain yg lebih hebat dugaannya.

Sikap putus asa memang dilarang Allah dan sesiapa yang sedang mengalami perasaan ini, MOHONLAH KEAMPUNAN ALLAH.

Allah mjelaskan hal ini dlm sebuah ayat yg sungguh indah maknanya: "KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD); Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, krn sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani".

Lihatlah persekitaran kita hari ini. Ramai yg mudah berputus asa sehingga sanggup membunuh diri! Sungguh mudah seseorang itu myerah kalah dlm kesulitan yg dilalui.

Jika kita pernah gagal, ini TIDAK BERMAKNA KITA AKAN GAGAL SELAMANYA. Persoalan penting adalah BAGAIMANA KITA MENGENDALIKAN dan BERHADAPAN dgn kegagalan itu.

Allah tak pernah bsikap zalim pd hamba-hambaNya. Bahkan Dia Maha Adil dlm segala sesuatu. Dia telah memberi kt nikmat yg begitu banyak tetapi kelemahan manusia SELALU ALPA, TIDAK SEDAR DIRI dan KURANG BERSYUKUR atas apa yg diberi.

Firman Allah swt, "APAPUN MANUSIA APABILA TUHAN-NYA MENGUJINYA LALU DIMULIAKAN-NYA DAN DIBERIKAN-NYA KESENANGAN, MAKA DIA BERKATA: TUHANKU TELAH MEMULIAKANKU. ADAPUN APABILA TUHAN-NYA MENGUJI LALU MEMBATASI REZEKINYA MAKA DIA BERKATA: TUHANKU MENGHINAKANKU. SEKALI-KALI TIDAK (DEMIKIAN)."

Doa dibawah dpt melembutkan hati yg keras agar bertaqwa kpd Allah:
(ayat 51 surah Taubah) - sebaiknya amalkan setiap solat Subuh dan Maghrib..
Maksudnya; "SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENIMPA KAMI MELAINKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH BAGI KAMI. DIALAH PELINDUNG KAMI, DAN HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAQAL "

inshaAllah sehari-hari kena berusaha untuk sucess selalu!:) Allah is always near~~:) inshaAllah
wassalam warrahmatullah...<3

inteam & mestica - kerana cinta

Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


suka sgt dengan lagu ni..:') <3

keranaNya

Assalamualaikum warahmatullah..

wah..lama sudah rasanya blog ni x ada update~ a year? ..
now..alhamdulillah alhamdulillah..Akhirnya ada ruang utk menulis segala coretan yang tersirat dan tersurat...inshaAllah...semoga bermanfaat bagi pembaca.

2011..semakin hari, umur semakin berkurang..tahun semakin meningkat...amalan?? hm Allah A'laam.. semoga setiap detik saat dan masa..amalan seiring dgn umur...dan baki tahun yang tertinggal ni..harap2 akan lebih menjadi manfaat dari sebelumnya..

Hari-hari ku lalui penuh dengan cabaran dan Alhamdulillah penuh dengan kesibukan walaupun sedang cuti nak masuk Uni,InshaAllah.. semoga kesibukan yang ku hadapi ni, kesibukan yang boleh memberi makanan hati dan minda..

dalam hidup..tak pernah lari dari perkataan "Mujahadah". Mujahadah ni asal perkataan bahasa arab dari Ja ha da (bersungguh2)..Mujahid pula, seorang yang melakukan sesuatu dgn bersungguh2..manakalah mujahadah pulak..apa ye? hee..Mujahadah adalah sesuatu yg berkait rapat dgn bersungguh2 utk melawan sesuatu..bersungguh2 utk membuat sesuatu...

contoh : seorang pelajar. dia sangat suka untuk bermain dengan kawan2 dan sebagainya. apabila exam dah nak start dia kena mujahadah untuk kurangkan semua aktiviti yang boleh membuatkan dirinya tidak fokus utk study..

masih kurang paham lgi? bg pendapat secara peribadi..Mujahadah ni bermaksud meninggalkan sesuatu yang disukai untuk melakukan sesuatu yang lebih penting..atau melakukan sesuatu yang diluar dari kebiasaan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah jua..

ada sebuah hadith Rasulullah, kira2 bermaksud : Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan..

semoga kita tergolong antara mereka yang melakukan 
segalanya yang bermanfaat dan lebih2 lagi melakukan adalah semata2 untuk beribadah kepadaNya yang Maha Esa..inshaAllah..

"dan tidak Aku(Allah) ciptakan Jin dan Manusia itu, melainkan semata2 utk beribadah kepadaKu.."

seperti iqrar pengakuan kita setiap dalam solat sebelum memulakan bacaan Al-Fatihah "sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupuku, matiku kerana Allah sekalian alam"

semoga ibadah sentiasa dalam pemerhatianNya..inshaAllah..
hidup dan mati keranaNya yang satu..

sampai sini sja dulu..wassalam warrahmah...