Wednesday, May 30, 2012

Tanpa Dendam di hati(Siti Nurhaliza)




Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati


 "Kita hendaklah sentiasa bersabar atas segala ujian dan musibah yang hadir dalam hidup kita kerana semua itu adalah ketetapan daripada Allah SWT. Ketahuilah kemenangan hanya akan diperolehi dengan kesabaran. "
♥PrincessSolehah

Saturday, May 19, 2012

.....

sometimes you just need someone to smile to you or give you a hug and says,


"keep moving forward" :)

Sunday, May 13, 2012

Untukmu solehah

Assalamualaikum solehah,


Apa khabar hati dan imanmu hari ini?

Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..


Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?

Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.

Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.

Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.

Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.

Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.

Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.

Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.

Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.

Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.


Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.

Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.

Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.

Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.

Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,

bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,

semuanya akan menjadi tersangat indah.

Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.

Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.

Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.

Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.

Ilmu, hati dan doa perlu dirapi

Andai belum cukup bersedia. Mujahadahlah wahai solehah.

Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat...




 ♥PrincessSolehah 

Friday, May 4, 2012

A reminder!



Jagalah pandangan sebelum ada DOSA ZINA yang datang menyelinap~ Peliharalah HATI dari membuka pintu2 godaan dari AJNABI~ Jagalah PERGAULAN sebelum ada perkara yang TIDAK diingini terjadi


Dari mata, turun ke hati. 
Tapi dengan menjaga mata, dapatlah kita menjaga hati, bukankah begitu?:)

Hati kata mahu, 
Akal kata jangan, 
Nafsu kata tak ada orang tahu, 
Iman kata tak takutkan Allah? silakan..

Allah Subhanahu wa Ta'ala ada berfirman dalam surah Ghafir ayat ke 19, yg kira2 bermaksud: Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (40:19)

Kesimpulannya: "Jagalah pandangan"
wa'lam! Dia maha Melihat!

-petikan dari status MukaBuku AQHI-

♥PrincessSolehah