Thursday, September 15, 2011

Mohon Ganti hati yang Baru T_T

Assalamualaikum warahmatullah..

apakbr semuanya? semoga dalam keadaan sihat hati , fizikal juga mental . inshaAllah.

sehari-hari ku lalui, seakan cepat masa berlalu...bahang kesedihan kian membakar hatiku...tapi, hatiku ada sesuatu yang ingin diluahkan...namun aku kurang pasti apa luahan yang ingin di kemukakan..

seseorang (USA) bertanyakan aku : Ukhti, how's your Iman?
selesai saja membaca soalan tersebut, aku seakan menganggukkan kepala..

and yes...aku sedang mencari rasa hati ku..luahan dari hatiku..keikhlasan hatiku dalam menutur bicara..kasih hatiku dalam memberi cinta.. :'(( dimana hatiku yaAllah? kenapa seolah olah aku seperti tidak tersentuh apa apa dengan nasihat mereka? mengapa aku seolah tidak ikhlas dalam berbicara..? kenapa setiap bait kata mereka, aku terluka...? kenapa hatiku cukup senang terasa terluka..? kenapaa..?

semenjak dua menjak, tutur ku seakan kering tidak basah lagi....hatiku semakin susah untuk memberi sesuatu yang bermanfaat.. astagfirullahal azim...tiba tiba tadi, terlintas di benak ku..sepotong hadith Rasulullah “Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh"

mungkin kesibukan ku memikirkan hal dunia membuatkan hatiku merana...terasa hatiku telah TER-rosak / TER-halang dari sesuatu yang memang hati tidak inginkan..mungkin kah aku dalam situasi ini "mengapakah harus anda merosakkan hati dengan dosa sedangkan hati itu benci kepada dosa.."

T_T atau hati ku telah terkena 


4k : Kutil + Kurap + Kudis = Kuman
Kutil : Kurang telitiKurap : Kurang rapi
Kudis : Kurang disiplin
Natijahnya, Kuman : Kurang Iman.


ASTAGFIRULLAHAL AZIIM...

yaAllah, jauhkan aku dari semua itu yaAllah..

‎"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu 
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati 
mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)

aku rindu bertemu mereka yang telah Kau sentuh hatinya dengan hidayahMu..Aku rindu untuk berkongsi cerita dengan mereka tentangMu..aku rindu mendengar khabar mereka dalam menjalankan seruan ibadah kepadaMu...aku rindu semua nya yaAllah...pertemukanlah aku dengan mereka yaLathif..walau dalam sekelip mata..pelukan cintan dari mereka..yang berkasih keranaMu.. yang bertemu dan berpisah semata mata mencari redhaMu.. 

aku mengharapkan redhaMu dalam setiap tingkahku...andai lalai telah bersarang di hatiku...aku mohon yaAllah...cabutkan ia dari diriku...aku tidak sanggup murkaMu menghukum kelakuanku..ampunkan aku.....

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

jika hatiku telah mati yaAllah...gantikan aku dengan hati baru..yang lebih menghargai segala pemberianMu.. :'(( perkenankan permintaan hati hambaMu ini Tuhan.....:'((

Kata Hati,
♥PrincessSolehah T_T

Tuesday, September 13, 2011

selamat tinggal sahabat


assalamualaikum warahmatullah...

sedar mau pun tidak....hari yang di nantikan semakin dekat.. :') YaAllah tinggal seminggu saja lagi, para mujahid/mujahidah lepasan dari sekolah Agama ingin berlepas menuntut dan belajar ilmu di bumi anbiya...inshaAllah pulang dengan membawa agama Islam yang sebenar..

sedih + gembira menyelubungi hati...

inshaAllah utk semuanya, doakan kami semua..dapat meneruskan perjuangan kami dengan baik, membawa sinar Islam pada suatu hari nanti...membawa cahaya buat bumi yang tandus gelita...semoga, setiap hati yang bakal pergi akan membetulkan niat dan tujuan pergi..
yaAllah rahmati kami....

this song, sangat sangat ditujukan buat teman-teman ... :')
ikhlaskan kepergian kami....
♥PrincessSolehah

Saturday, September 10, 2011

sedikit masa lagi..


my feeling now? 
Bunda : Princess, siap siap barang tu...
Princess : ok, jom packing...Bunda temankan ok?...
Bunda : Mudahan sihat selalu, nanti makan minum semua jaga baik baik..Bunda masuk bilik dulu..

....

Princess : T_T
(..Tak terlafaz kata...)


detik itu akan tiba tidak lama lagi...saat perpisahan sementara atau pun selamanya akan tiba..dan pasti akan tiba dengan izinNya... ya Allah..

moga segala urusan kami berjalan dengan lancar ..
kabulkan permohonan kami yaRahman...

TAK SANGGUP KU BERPISAH....
♥PrincessSolehah



Friday, September 9, 2011

For you Ukhti NnHmi ♥

dari hati kecil
si PrincessSolehah

luahan hati

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


alhamdulillah, Allah memberi izin untuk kita semua berada dalam bulan kemenangan bagi Umat Islam, setelah berjuang dan menghadapi ujian dalam bulan ramadhan..


dan dalam kesempatan ini..Princess ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN
semoga setiap amalan kita, di redhai dan di terima oleh Nya yang Maha Esa.amin..


September telah datang, dan kita sedang berhadapan dengan hari hari yang ada dalam bulan ini. Gembira, Sedih, Suka, Tawa, Tangis, Sayu..semua bercampur dalam satu perasaan yang Princess tak tau mcm mna untuk menggambarkan.


semakin melangkah ke hari seterusnya.. semakin terasa sayu hati ini. seorang demi seorang Dia terbangkan ke bumi asing pada diri kita. Menuntut ilmu mencari redhaNya. Berusaha mencari sebuah pulau keredhan dariNya..


yaAllah, Engkau perkenankan lah permohonan kami.. aku akur dengan semua aturan mu tentang kisah pertemuan dan perpisahan yaAllah...tapi ya Lathif, aku sungguh tidak sanggup untuk berpisah dengan dia... dia yang selalu menasihati ku..dia yang selalu menegur ku... semoga, Engkau tetapkan yang terbaik buatnya.. semoga kami dapat bersama sama mengharungi suka duka hidup bersama di bumi anbiaMu nanti ya Rahman...Engkau lah Maha memahami hati kami....


sahabat, aku tau kau kuat untuk menghadapi semua ni. InshaAllah, jangan pernah kenal erti putus asa.. walaupun hatiku sangat berharap dirimu akan dapat bersama kami..namun, aku sedang dan terus mendidik hatiku untuk memahami erti REDHA untuk segala takdir yang telah di catatkan untuk kita semua.


kata-kata cinta dariNya membisikkan di hati kita.. "...apa yang kau inginkan, tidak semestinya baik untuk mu, dan apa yang tidak kau inginkan mungkin adalah yg terbaik untukmu. Allah Maha Mengetahui sedang kau tidak mengetahui.." :') menitis air mataku menaip setiap bait kalaam dariNya, terasa berat menuturkan segalanya..

gambar saat lelah riang bersama =D


mungkin sahabat, riak wajah ku tidak sama rentaknya dengan tangisan yang kuat di dalam hatiku..ketika membaca komen mu di ruang sosial dengan hanya pekataan "UI.." airmataku terus mengalir..,komen seterusnya yang kau hantar "walau, raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat" semakin laju lagi airmataku..lagu yang sering terucap2 dibibir kita, aku harap tidak menjadi kenyataan..apa pun, aku cuba untuk terima segalanya..Moga Allah perkenankan permohonan setiap hati kita..


dan sahabat, aku tidak kuat melihat tangisanmu lagi........
♥PrincessSolehah

Tuesday, September 6, 2011

untukmu sahabat...


Bagi yg memaknainya..
Tiada yang lebih menyuramkan,
Tiada lagi yang mendatangkan mendung di jiwa,
Mahupun yang mengguris luka di dada
Melainkan kehilangan seorang sahabat
Samada dia pergi meninggalkan kita
Mahupun ujian dan keadaan yang menjarakkan kita
Untuk yang memaknainya pasti akan amat terasa.
Nilai sahabat itu ibaratkan satu tubuh
Bukan ketika sakit
Mahupun ketika kematian,
Namun di saat diperlukan,
Mahupun tidak,
Sahabat itu pelengkap,
Ia ibarat tangan kiri dan kita tangan kanannya,
Ia ibarat air di saat kita apinya
Ia ibarat matahari di saat kita bulannya
Ia juga ibarat angin mahupun hujan di saat bahangnya hawa
Dan kerana itu sahabat itu melengkapkan
Ia mengadakan apa yang tidak ada
Ia menyempurnakan apa yang cacat
Mahupun melayarkan wajah cahaya di saat suram
Mahupun menadahi telinga di saat goncangan perasaan melanda.
Mustahil seseorang itu mampu menjadi sempurna
Dan takkan mungkin seseorang itu hebat
Hanya dengan bersendirian
Mahupun keseorangan.
Kerana seseorang itu takkan mampu melihat dirinya sendiri
Melihat rambut yang tak disikat kemas
Mahupun tudung yang tak dipin lurus
Kerana pada setiap diri itu
Pasti amat memerlukan sebuah cermin
Dan cermin itulah yang melengkapkan dirinya
Dan cermin itulah yang akan menampakkan kesalahan dirinya
Malah cermin itu akan jujur padanya walapun dia benci untuk menyakiti diri kita.
Kerana sahabat itu, ia bukan sahaja jujur,
Bukan sekadar pembantu di saat susah,
Mahupun teman bicara di saat senang,
Tapi sababat itu,
Ia melengkapkan kita.
Takkan mampu kita menjadi kita tanpa adanya dia
Seperti mana dia takkan menjadi dia tanpa dia.
Dan kehilangannya pasti akan terasa,
Terus terhiris di balik memoar yang indah
Menjadikan nafas semakin berat
Mahupun langkah semakin mencabar
Dan pada setiap doa yang kita munajatkan
Akan selalu dan selalu kita ulangi kalimah itu
Dengan tadarru’ penuh pengharapan dan airmata
Sambil menitipkan kalimah-kalimah itu
Kalimah rabithah di saat membayangkan wajah kita dan dia
Bersatu kembali pada ikatan hati ini
Tiada lagi yg dapat memintal hati melainkan Dia
Tiada yang dapat mencantumkan semula melainkan Dia.
Mahupun menggantikan sesuatu yang lebih baik.
Namun, pada diri setiap sahabat, tentu amat berbeza.
Dan tiada yang dapat menggantikan setiap satunya
Kerana setiap seorang itu punyai banyak kelebihan tersendirinya
Pada diri kita dan dia,
Mudah-mudahan ikatannya akan menjadi lestari selamanya
Kerana tiada yang lebih indah
Tiada yang Mengundang senyum di wajah
Mahupun suria di dada
Melainkan perasaan cinta ,
Perasaan hubb di jalan Allah itu.
Perasaan yang meringankan beban di jalanan
Mahupun menyejukkan dan menyegarkan keletihan,
Pada dirimu sahabatku,
Ku utuskan sebuah rabithah
Buat kesekalian kalinya buat dirimu…
nukilan muharikah/aisyahz