Wednesday, March 30, 2011

perjalanan ini sangat panjang

assalamualaikum warahmatullah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... ku ulang berkali-kali kalimah suci itu dengan rasa syukur yang tidak terhingga..semoga rasa syukur ku ini tidak akan terbatas sampai bila bila..amin inshaAllah..

"WAHAI PEMBOLAK BALIK HATI INI...TETAP KAN KAKI KU INI, TETAP KAN HATI KU INI DALAM IMAN KEPADAMU..DALAM MENCARI CARI REDHAMU..KABULKAN PERMINTAAN HATI INI YA ALLAH.."

dgn penuh pengharapan aku berdoa..memohon dan meminta kepadaNya Tuhan Yang Maha Esa dan Maha mengetahui isi hati kita semua. Aku terdiam seketika, terkejut bila melihat sesuatu yang tidak pernah terlinats di fikiran ku akan berlaku di hadapan mata (for real :'( ) Perkara tu benar benar membuat kan aku berfikir panjang tanpa henti..

terdetik di hati ku, memang benar "perjalanan hidup ini sangat panjang"



seorang yang bergelar ISLAM , akan memandang dunia ini seperti tiada bermakna..dan berusaha utk menambah kan amalan, kerana Akhirat sudah menanti di depan sana...tanpa kita sedar, masa terus berlalu meninggalkan kita.. sedetik yang telah pergi mungkin amat berharga daripada sedetik yang akan datang..

apalah saja perhiasan dunia ini...sakit yang di tanggung di dunia ini hanya seperti cubitan semut, kesenangan di dunia ini hanyalah sementara..

kau simpan dalam hati, ingin sgt utk menjadi salah seorang dari penghuni syurga, sudahkah kau berkorban masa,harta,perasaan dan segalanya demi utk mendapatkan syurgaNya?mungkin jawapanmu 'ya'..tapi sekarang? kau jadikan tingkah mu seolah tiada akhirat.. kau ingin kan sebaik baik tempat di akhirat sana, kalam mu ingin bertemu Rasullullah dan beroleh syafaat baginda, sudah tunaikah sunnah ajaran Baginda?:'(

jgn biarkan dirimu terlalai dgn BUASnya dunia yang membaham pemikiranmu dari mengingati diriNya yang selalu merindukan suara rayuan dan tangisanMu , yang menunggu kehadiranmu untuk merayu mesra kepadaNya sebelum terbitnya fajar pagi...

TIDAK cukup lagi kah nikmat yang di curahkanNya kepadamu sahabatku?:'( tidak cukupkah curahan Kasih Sayang yang diberikanNya kepadamu saudaraku? sampai kau sanggup melukakan hati yang pernah mengajakmu untuk selalu dan terus mengingatiNya? hati yang tidak pernah jemu utk membawamu bersama sama nanti menuju syurgaNYA..

hati itu, tidak pernah meminta dirimu utk membalasnya dgn harta dunia fana, hati itu cuma inginkan kau kembali bersama-sama mencari redha dan hidayahNya?



hatinya menangis dan berdoa agar kau kembali bersama sama mencari redhaNya..agar bersama sama nanti menjadi penghuni syurga yang kau dan semua orang inginkan, duduk bersama sama di atas dipan dipan, makan makanan yang lazat dan sebagainya...kau pernah menyatakan, kau inginkan itu! ya! di syurga..bersama sama..sekarang..kau di mana? hati itu menantimu penuh sabar.....

aku harap...kau bertemu kembali dengan HidayahNya..dan aku harap kau mau menemui dgn hati yang selalu inginkan hidupmu bahagia dunia dan akhirat..hati yang pernah kau buatkan dirinya tersenyum ketika dia bersedih...(tidak terlintas rindu pada hati itu kah wahai sahabatku..?) :'(

ku akhiri coretan penaku denga...
ukiran..
sedikit renungan..
ku titipkan pesanannya..
buat diriku dan dirimu jua..

Jika kita tahu.. bahawa betapa sementara dunia ini..
Yang selalu membuatkan kita leka dan lena

Jika kita tahu betapa liciknya syaitan itu..
Yang membuatkan kita ragu dan bermalasan

Jika kita tahu betapa indahnya syurga itu..
Yang langsung tidak terbayang pikiran kerna lemah manusia

Jika kita tahu betapa benarnya janjiNYA..
Sakaratulmaut, tiupan sangkakala, mahsyar, titisan mizan.. tiada yang dusta

Jika kita tahu betapa pedih azabnya..
Akan menngeletar kaki melangkah ke jalan maksiat

Jika kita tahu betapa indahnya islam..
Nescaya hidup harmoni.. hanya bersandar pada DIA..

:')
ya Tuhan...kuatkan kami sebagaimana kuatnya khalifah terdahulu
membela agama demi hari ini hingga hari akhir kelak..
kami di sini untuk hari esok dan yang insan terkemudian..
inshaAllah...

semoga ikrar yang selalu kita buat ketika solat menjadi kekuatan hidup dan pegangan hidup kita..

aku minta maaf, andai ada perkataan yang telah membuatmu terluka..andai silap laku yang membuatkan kau menghidar daripada meneruskan pencarian redhaNya.. kerana..aku jua insan biasa..yang tak lepas dari kesilapan..


"tetapkanlahh kaki kaki kami ini dalam jalan islam,iman kepadaMu dan semoga terus melangkah dan sentiasa inginkan keredhaanMu..amiin.." <3

dari hati yang inginkan Pemerhatian dariNya,
wassalam..

Friday, March 11, 2011

Lafaz Yang Tersimpan - UNIC

assalamualaikum...wehee...
bismillahirrahmanirrahim...

somehow..terasa sayu saja dengan lagu ni.."lafaz yang tersimpan" terutama bila didedikasikn utk kedua bunda ngan bapa~ :')

pinjam Qoutation dari seorang sahabat ..


"Sy bukanlah anak yg 'romantik' meluahkan rasa syg ..namun jauh di sudut hati, sgt mencintai kalian" <3

:')




yaAllah ampunilah dosa kedua ibubapa ku...dan kasihani lah dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku, membelaiku, memanjaiku sewaktu aku masih kecil..melayani karenahku yang degil, dengan penuh sabar mendidikku sehingga kini..isk isk..pertemukan kami sekeluarga di dalam syurga Mu yang penuh nikmat nanti yaAllah..lindungi kami pada hari kebangkitanMu bersama rahmat Mu..amiin :') isk isk isk..

Allah A'alaam..
<3 dengan penuh cinta ku menulis.