Sunday, December 11, 2011

♥ usah dipinta........

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمة الله..

alhamdulillah, segala puji syukur nikmat hidayah dariNya.. selawat serta salam buat junjungan besar nabinaa.. Muhammad S.A.W. semoga setiap hela nafas hanya ingin mendapat redha dan hidayaNya jua.

aku berlindung dari syaitan yang direjam...

setiap hati dan diri serta jiwa pasti akan diuji dengan pelbagai ujian yang harus kita lalui dalam hidup ini. Semalam..Princess ada ternampak status Laman Muka Buku.. berbunyi kira kira mcm ni "Allah akan uji pada tiitk kelemahan kita... selagi kita belum 'lulus' ujian tersebut, selagi itu Allah akan uji. Itu tanda Allah sayang. Maka bersabar dan bertabahlah" 



Ana sangat sangat terasa dengan status tu, membuatkan ana terus memuhasabah kan diri. Terlalu banyak kelemahan yang masih ada dalam diri ana yang harus diperbaiki... Terlalu banyak benda yang masih lagi samar samar dalam hati dan fikiran ini... sampai ada ketika nya, hati menutur "aku tidak layak utk memberikan semua ini...aku tidak layak utk memberi...aku tidak layak itu...aku tidak layak ini...." , 

tapi.....

sampai bila tutur kata itu ku jadikan alasan sebagai benteng utk membawa mereka ke jalan yang benar...."sambil menyelam, sambil minum air" , solehah muslihah.... memang, ujian akan datang pada setiap inchi helaan nafas kita...namun, tidak salah dalam masa kita ingin berubah..kita cuba utk menegur dan menasihati orang lain.... itu seharusnya ada pada diri seorang yang dinamakan beriman, ciri ciri orang yang beriman... 

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kelalaian, KECUALI mereka yang mengerjakan amal soleh, nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati tentang kesabaran.." -surah al-asr 1-3 

Dan ujian itu adalah tarbiyah dari Allah jua... Tarbiyah utk menguatkan lagi iman kita.. kerana Allah sayang kan kita, Dia bangun kn kita dari lena yang panjang..agar kita dapat menghadapi ujian dariNya...


sunyi dari ujian daripadaNya, ibarat kita tidak diambil peduli oleh Dia yang mencipta. Seharusnya, perasaan cinta untuk di uji terpupuk dalam diri dan hati kita ( marah pada diri ) T_T , tapi..masih ada terdetik dalam hati.. "terlalu berat ujian Mu yaAllah..." huhu T_T seolah tidak pernah membaca kalaam cintaNya buat kita semua....balik balik Dia mengingatkan kita semua.. "hambaKu...tidak akan aku mengujimu....di luar kemampuanmu hambaKu......." setiap pujukan dariNya..membuatkan air mataku menitis lagi...

seterusnya......
menangis hati ini..bila membaca sebaris ayat dari surat cinta dariNya...

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji sehingga kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu."
(Muhammad : 31)

Tidaklah seorang hamba itu diuji melainkan Allah mencintainya..

 "Usah dipinta dikurangkan ujian tetapi mintalah diberatkan iman."

hadith Rasulullah : "Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang bersabar"  

maka, bersabarlah bagi setiap hati yang menerima ujian dariNya...ujian itu penguat iman....
ana ta'kid sekali lagi, ujian itu Penguat Iman.

Ujian yang kita hadapi ini, hanya seperseratus dari ujian yang dialami oleh mereka yang terdahulu. Ingatlah wahai hati, dan wahai diri, setiap apa yang terjadi adalah yang terbaik, setiap yang sudah tersurat itu lah yang terbaik...mengapa kita impikan kebahagiaan yang disaluti murkaNya? kenapa hendak menolak ujian yang dalamnya terdapat redha dan hidayahNya...

orang yang bersabar dengan segala ujian yang dihadapi akan sentiasa merasa tenang walaupun apa yang dihajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayang (setelah berusaha). Berdoalah dan terus berdoa, Dia mendengar semua rintihan hambaNya..



Allah A'alaam..semoga post kali ini memberi manfaat pada setiap jiwa, segala isi kandungan lahir dari hati dan teguran itu lebih menjurus kepada diri sendiri sebelum orang lain..inshaAllah..

berharap ampunan dariNya,
♥PrincessSolehah

Thursday, December 8, 2011

Tajdid Niat


Ingat kembali niat kita!!!!

kekalkan dalam hati, ALLAH MATLAMAT HIDUP KITA..bukan penghargaan manusia yang dicari.

Ya Allah jgn gantikan kami, biarkan kami sentiasa berada dalam saff Mu, walau keras badai ujian Mu terhadap kami :'( cekalkan hati kami, tetapkan iman kami, perhebat tawakal kami, tanamkan kesabaran kedalam hati kami. ujian demi ujian Mu, tidak seberapa dibanding maksiat demi maksiat yang kami lakukan, kezaliman demi kezaliman terhadap diri kami sendiri..ampunkan diri ini yaRabbana..



Allah ghayatuna!! Allah ghayatuna!! Allah ghayatuna!!
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihad Sabiluna
Al-Maut Fii sabilillah Asmaa amaaninaa


 Bila TERASA lemah dan dunia seakan tidak memihak dengan kehendak hatimu...ingat balik apa sebenar Tujuan hidup mu, Siapa contoh teladan yang kau ikuti selalu, Apa rujukan mu, Apa sebenar jalanmu, ingat..ingat...dan INGAT kembali akan cita citamu..!! 

Syahid Fi Sabilillah...
"من حسن إسلام المرء, تركه ما لا يعنه"
sebaik2 Islam seseorang itu meninggalkan apa yang tidak menambahkan (imannya)

Allah a'alam..
sekadar ingatan bersama..

♥PrincessSolehah

Wednesday, December 7, 2011

arjuu Rahmat & KasihNya...



Saiyidatina `Aisyah pernah bertanya : “Ya Rasulullah S.A.W... tidak ada sesiapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala?”
Lalu Baginda menerangkan: “(Benar wahai `Aisyah), tidak ada siapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala” – (Baginda menegaskan) sebanyak tiga kali.
Saiyidatina `Aisyah berkata: Aku pun bertanya lagi: “Dan tidak juga Tuan, Ya Rasulullah? ” Maka Baginda pun meletakkan tangannya di atas kepalanya lalu bersabda: “Dan aku juga tidak, kecuali dilimpahi Allah dengan rahmat dan belas kasihan-Nya” – (Baginda menegaskan pengakuan nya itu sebanyak tiga kali).(Riwayat Baihaqi)
"yaAllah, Rahmati kami...Redhakan setiap helaan nafas dan perjalanan hidup kami. Andai ujian Mu di dunia ini membuatkan Kau redha untuk kami hidup di syurgaMu nanti kami pasrah dan kami akan tetap mencuba untuk istiqamah dalam mentaatiMu.."

♥PrincessSolehah

Tuesday, November 29, 2011

izinkan aku untuk menjaga hatiku



"Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu. Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.
“Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintaimu,  serta aku meminta amalan yang bisa mengantarkan aku kepada cinta-Mu.”

“Andai Ia Tahu”
Malam sampaikan padanya...aku mencoba untuk bersikap seolah-olah aku tak pernah bertemu dengannya, kerana aku takut, bila bukan dia yg akan mendampingiku kelak.
Malam sampaikan padanya..sungguh banyak angan bersamanya, namun aku takut kalau semua itu tak pernah ada..


Malam sampaikan padanya...kadang aku siap kalau seadainya ada seseorang yang siap ada disampingnya, walau terkadang akupun tak siap kalau itu benar-benar nyata
maafkan aku ya Allah bila hamba terkadang melampaui batas, izinkan hamba tetap dalam perbatasan, tetap merasa takut akan sesuatu yang belum hamba memilki..
Aku mencintaimu dengan menundukkan wajahku padamu, bukan kerana ku ingin berpaling darimu, tapi kerana...ku ingin menjaga pandanganmu dari panah2 iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu, bukan kerana aku ingin menyakitimu, namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu, bukan kerana ku membencimu, namun kerana ku ingin menjaga mu dari penyakit hati yang merebak..

na'uzubillah min zalik, Allah A'alam.. 
Yang ingin Menjaga Hati,
♥PrincessSolehah


Monday, November 28, 2011

tutur rindu

assalamualaikum warahmatullah akhawati fillah..
:') kaifahalikunna? semoga setiap hati yang telah tersentuh dan akan terus tersentuh dengan hidayahNya berada dalam kemanisan iman..amin! 

apa apa pun, kan khabarkan saja...keadaan kami di sini, bumi Qaherah mesir dalam keadaan alhamdulillah kullu khair..doakan setiap hati hati kami mudah Allah beri kelapangan masa dan dimudahkan setiap bicara hati untuk menyentuh para hati yang ingin disentuh di sini.. :) 

inshAllah tiba tiba hari ni mcm kn share sikit dengan akhawat yang sgt2 di rindui....I cant remember dimana ana dapat this kind of sajak..but, for sure..untuk semua para hati...

saya sayang awak,
sayang sangat,
sangat sangat.

kerana pada awak bukan sahaja terletak masa depan saya
tapi seluruh kehidupan dahulu dan terkini saya.

Mahu pulang segera ke pangkuan awak,
melewati hari-hari penuh cinta,
menyusuri lorong-lorong realiti kehidupan yang memanusiakan,
mematangkan usia dengan nilai kesusahan satu perjuangan.

Jatuh cinta buat sekalian kalinya,
pada apa yang ada pada awak,
segala-galanya tentang awak,
yang mungkin hanya terzahir indah pada mata saya,
tapi tidak disedari oleh manusia lain.

Mensyukuri kelebihan,
Meredhai kekurangan.

Saya sayang awak,
sayang sangat,
sangat-sangat.

sampai sni saja dulu..hehe
What are words
If you really don't mean them
When you say them.... hati yang sangat menyayangi kalian,
♥PrincessSolehah

Kabus Perasaan


Ya ALLAH,
andai aku sesat dalam kabus perasaan,
bukakanlah hati aku ini menerima petunjukMu.

Andai aku diasak oleh 1001 godaan nafsu,

... bantulah aku dengan benteng imanMU.

Andai aku kecewa dan terluka,
balutilah jiwaku dengan dengan kehebatan alunan ayat-ayat suciMu.

Andai aku tertarik pada laranganMU,
payungilah aku dari ajakan iblis Laknatullah itu.

Mudah-mudahan cintaku hanya padaMu,
rinduku hanya pada nikmat SyurgaMU dan
setiaku hanya pada perintahMU.

Aminnnn...

Sebaik2 tempat untuk kita pulangkan pengharapan adalah Allah SWT... :)

hati ini,
♥PrincessSolehah

Friday, November 25, 2011

Dunia Meletihkan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
Allah memberi lagi ruang dan peluang buat ana dan antum semua yang membaca blog ni, untuk bernafas sehari lagi dalam kehidupan dunia yang FANA ini..



"memang dunia ni, sangat meletihkan...kita buat kerja atau tidak, dunia tetap meletihkan.." siapa setuju, angkat sepuluh jari...~:) so, lebih baik kita letih, kerana kita buat kerja yang bermanfaat, dari letih untuk 'duduk diam' atau letih membuat perkara yang sia-sia...

yaAllah, hidupku hanya mengharap redhaMu yaRabbana....adakah letihku selama dua bulan berada di bumi anbiya ni, letih  yang bermanfaat? adakah letih ku ni..akan menjawab persoalanMu tentang waktu mudaku di akhirat nanti? adakah Kau redhai setiap langkah kaki yang ku hayun setiap hari ni yaAllah...? 

sahabat-sahabat ana yang dirahmati dan dikasihiNya sekalian, dunia ini memang sangat meletihkan.

KalaamNya menuturkan.. "Wahai manusia! sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah(menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu........" Al-Insyiqaq : 5. Jelas, Terang lagi bercahaya ...Allah menceritakan tentang keadaan kita yang sebenarnya... lalu, bila kah akan berakhirnya kepenatan, kelelahan kita? dalam ayat yang sama...
Dia menyambung... ".......hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya) "

di sini... letih kita untuk membuat sesuatu yang bermanfaat tu lebih baik dari tidak membuat apa-apa. Kepenatan kita telah Allah catit..jadi, atas alasan apa kita menolak untuk membuat sesuatu yang bermanfaat. kenapa perlu mencari seribu dalih untuk melaksanakan sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuk diri kita nanti...

semoga, setiap denyut nadi kita yang berbaki ini dapat kita manfaatkan untuk membajai ladang akhirat kita...moga Allah redha setiap kalaam yang terlafaz dan terucap dari bibir dan tertutur melalui lidah kita..amin..


akhir kalaam,
Sama-sama kita fikir dan amalkan.
semoga terpahat dalam sanubari untuk sentiasa berada dalam mengabdikan diri hanya padaNya.

hati yang masih tercari-cari jawapan,
♥PrincessSolehah

Sunday, November 20, 2011

Sekeping hati seorang insan, bernama teman♥ ♥

"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu..:)"

alhamdulillah telah menemuinya InshaAllah :')
Jazakillah khairan kasiraa...
ukhti...
keranaNya, kau menegurku dengan ikhlas...
bila kau tau keadaan hatiku lemah, kau bangkitkan aku dengan kata-kata cinta dariNya.

this song, dari UNIC (sebuah pertemuan) sgt ngam for you..
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, 
tika aku ...
Diuji dengan dugaan… 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman
  


untuk ukhti itu,
lots love for you, ftsoA ♥,
♥PrincessSolehah

Friday, November 18, 2011

I don't wanna miss a thing


assalamualaikum warahmatullah...
sekarang mode *tgh merindui bruneian*
lagu ni, ana tujukan buat kedua bunda bapa ana yang berada di sebuah negeri.. tanah tempat Princess di lahirkan...

Bunda, Bapa..... T_T "Princess antumaa merindui kalian...."
ana cuba bendung perasaan ni, dan ana kena kuat utk menjalani kehidupan di sni..
dan alhamdulillah di sini banyak mengajar dan mendidik hati ini untuk sabar dalam apa jua keadaan...inshaAllah. Lagu ini juga, ana tujukan buat adik adik manis, yang pernah menconteng kertas kehidupan ana dgn pelbagai kenangan manis...



"ukhti...walau jasad ku jauh di bumi anbiya...doaku inshaAllah akan bersama antunna semua, teruslah bersemangat untuk meneruskan perjuangan di bumi sana... kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada....yang kecundang telah ramai, maka kita lah yang berusaha untuk 'menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran..', jangan terdetik dalam hati untuk menyerah pada jahiliyyah lagi..."

sgt rindu untuk bersua cerita dan khabar suka duka bersama...
ana amat berharap untuk bertemu mereka yang ana rindui ....
semoga Allah tetapkan yang terbaik untuk ana dan semua...
dan meredhai setiap detik denyut nadi kita..inshaAllah...

"walau, raga kita terpisah jauh..namun hati kita selalu dekat.."

yang sangat merindui,
♥PrincessSolehah

Thursday, November 3, 2011

..If I cud give you one thing...

kadang-kadang bila kita menginginkan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, setiap kata dan perbuatan selalu di salah ertikan... :'(



If I could give you one thing, 
I would give you the ability to see yourself as others see you, 

So that you know how special you are.


sungguh aku tak mampu menanggung sedih di hatiku....bila ternyata, kau terluka dengan sikap ku.....terima kasih kerana menegur ku ukhti rf.... :')

hati kecil,
♥PrincessSolehah



Semua Orang Tahu



Bila hati kau berbunga riang,
Senyum meleret sampai ke telinga,
Berselisih di jalanan ditegur mesra,
Semua orang tahu kau sedang gembira.

Tatkala kesedihan mengundang,
Mode jiwa kacaulah,
Tak keruanlah,
Muka masam mencuka,

Termenung sana, mengeluh sini.
Buat semua serba tak kena,
Semua orang tahu kau sedang gundah-gulana.

Terutamanya manusia versi transparent,
Dari raut wajah tahu hati kamu membadai.
Bagi yang jenis nampak cool aja walau sedang bermuram, 
Di sebalik senyum kamu nampak sumbingnya,

Gelak kamu lain benar rimanya,
Sembunyilah macam mana pun,
Pasti terpercik juga kesedihan kamu.

Semua orang tahu apa dalam hati kamu,
Sebab apa yang dalam hati akan terpancar ke wajah,
Akan terzahir melalui perbuatan.

Sama juga, jika dalam hati kamu
ada perasaan takutkan Allah,
orang boleh baca,
dari tindak-tanduk kamu,
semua orang tahu kamu takutkan Allah.

Ada beza pada perilaku, gerak-geri, tutur kata
dan segala-gala sifat zahiriyah
di antara orang yang mengaku hamba Tuhannya,
dan orang yang berpaling dari jalan-Nya.

Allah A'alam

copy paste dari seorang Ukhti,
♥PrincessSolehah

Thursday, October 6, 2011

Ikhlas dan Sabarmu PASTI di uji, Bersabarlah..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

kaifahalikum? semoga dalam keadaan roh dan jasad yang mantap..inshaAllah amin. Dalam lindungan Nya kita selamat, dengan rahmatNya kita bersatu, dengan kasih sayangNya kita masih di beri masa untuk mengumpul sebanyak amal yang mampu kita raih buat bekalan dalam perjalanan yang panjang suatu hari nanti..

dalam membahaskan soal bekalan kita nanti, YAKIN dan PASTI lah...
Allah menguji ikhlas kita...Allah menguji kesabaran kita...Allah menguji hati kita...

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”

sejenak memuhasabahkan hati diri dan perasaan dengan apa yang telah dan sedang terjadi sekarang, benar benar membuatkan hati ku terasa di uji...membuatkan aku berfikir, ikhlas kah aku dalam semua perkara yang aku lakukan? aku di sini ingin meraih redha Allah atau redha manusia semata mata... astagfirullah... jadikan aku di dalam golongan yang selalu bertaubat kepadaMu yaAllah.

moga hati akan sentiasa berbunga riang seindah bunga ditaman...

"Allah tidak menguji hambaNya di luar kesanggupan diri hamba itu sendiri.."

kalamNya membuat jiwa kacau menjadi tenang..apa yang ku harap hanya lah redhaMu Tuhan..aku mencari sekuntum redha untuk bekalan di perjalanan... 

hati,
kau tabah kan diri..

hati,
kau senyumlah...

hati, 
bergembiralah...

TuhanMu mendengar isi hatimu...
TuhanMu memahami kehendak dirimu...

bersabarlah...semoga setiap tutur kata yang diluahkan semata mata keranaNya..
akan membuahkan hasil yang menjadikan hatimu , bahagia oleh pujukan manisNya..

hati,
terangilah dada itu dengan ilmu...
bahagiakan ia dengan kalaamNya...
sucikan roh mu, dengan taubat kepadaNya...

semoga beroleh ketenangan yang hati impikan..
tersenyumlah..
redhakanlah...
ikhlaskanlah....

jangan pernah ada perkataan KESAL..
terluah di bibir hati mu...
Allah akan sentiasa merahmati dirimu...
bersabarlah....

coretan hati,
♥PrincessSolehah

Monday, October 3, 2011

malulah....



“Malulah,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai hati,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai jiwa,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah para du'at
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da’i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da’i sejati perlu kita buktikan!”


--
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (Surah Al-Maidah : 35)

cp dari 
Nurul Hazwani Mohd Nashir
Civil Engineering Department
Universiti Teknologi Petronas


♥PrincessSolehah