Tuesday, January 27, 2009




FREE PALASTINE!!


YA ALLAH KAU TURUNKAN LAH AZAB MU KEPADA ISRAEL!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Saturday, January 24, 2009

assalamu'alaikum warahmatullah..
akhawat fillah..
marilah kita sama-sama berdiri,
menegakkan panji-panji Islam..
marilah kita bersatu di atas jalan Islam..
walau kita di sisih masyarakat..
untuk bersama-sama mendapat berkat..
kita...harus maju & bersatu didalam islam..
kerna sekarang,Islam telah di pandang satu agama..
satu agama yang asing dlm kehidupan..
kita harus bersatu..
membela Islam...
menyeru di jalanNya..
membela syari'at Nya..
mencurahkan mahabbah kepadaNya..
berkasih sayang,hanya utkNya..
bertemu & berpisah keranaNya..
jangan pernah berputus asa dgn rahmatNya..
kita jadikan agama kita...
Satu agama Islam yang gemilang,seperti dahulu kala..
kerna ku tahu..mawar berduri..
mampu untuk menegakkan Agama Islam...
insyaAllah..
jadilah seindah mawar yang berduri,
yang menegakkan Islam hakiki..
ALLAHU AKBAR!

Friday, January 23, 2009

PAKU DAN ERTI KEHIDUPAN

assalamu'alaikum warahmatullah...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:
"Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubangdi tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketikamarah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

WASSALAM=)

HURAISY


Assalamualaikum warahmatullah....

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..
Wallahu'alam

Thursday, January 22, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang
Segala puji-pujian bagi ALLAH,Tuhan sekalian 'alam,selawat serta salam buat nabi junjungan s.a.w.,ahli kerabat nabi s.a.w. & para pengikutnya..



"ya Allah..selamatkanlah bumi palastine..berikanlah kejayaan kepada seluruh muslimeen&muslimaat di sana,berikan kekuatan kepada mujahidin-mujahidaat yang memperjuangkan agama Islam,menegakkan kebenaran,mempertahankan bumi palastine(kiblat umat islam yg pertama).."



"yaAllah..Kau hancurkanlah israel yang kejam,turunkanlah azabMU kpd mereka,sesungguhnya Engkau lah yang Maha Adil Lagi Bijaksana"



"yaAllah..curahkanlah rahmat serta hidayahMu & keselamatan kepada seluruh muslimeen,muslimaat di muka bumiMu ini yaRahman,yaRahiiim"



"yaAllah..ampunilah segala dosa-dosa sekalian hambaMU,kami telah banyak mengabaikan suruhanMu..serta lalai dalam menangung amanah yang Kau beri,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun & Penerima taubat.."



"yaTuhan kami,bantulah kami utk sentiasa mengingatiMU,mensyukuriMU & membuat ibadah yg terbaik utkMU..& jgn Kau palingkan hati kami selepas Kau berikan hidayahMu kpd kami.."



"wahai pembolak balik hati-hati kami..tetapkanlah hati-hati kami didalam agamaMu"

AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


Bertanya Aisyah :Ya Rasulullah,Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?


Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2 .Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.

4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
wallahu'alaam

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya(Teka Teki ) :


Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ' Orang tua '

Murid 2 = ' Guru '

Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).




Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '

Murid 3 = ' Matahari '

Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.




Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '

Murid 2 = ' Matahari '

Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'




IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '

Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'




Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '

Murid 3 = ' Debu '

Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '




Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '
WALLAHU'ALAAM

Monday, January 5, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


(Khutbah ini disampaikan pada 9Dzulhijjah10H dilembah Uranah, Arafah)



"Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Karenanya dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.




Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci,karenanya pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.




Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.




Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.






Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.
Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.




Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.




Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.




Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.




Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Kerananya semaklah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.




Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini bisa lebih baik dari yang langsung mendengarkan.



Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umat-Mu ya Allah. "

Thursday, January 1, 2009

salam =')




assalamu'alaikum warahmatullah...






selamat tahun baru hijrah 1430


&


selamat tahun baru masihii 2009





THANKS FOR THE MEMORIES DZAHRA..




selamat menempuh jalan yang berliku di hadapan dgn keimanan dan ketaqwaan kpdNya


semoga kita semua tergolong diantara org2 yg tidak lalai..


&


berjaya di dunia juga cemerlang di akhirat sana


amiiiiiinn..




SEE YOU ALL DI MADRASAH SOON..


insyaAllah..




love u all..uhibukunna fillah abadan abada..
wassalam..=)

=)