Wednesday, December 31, 2008

ADAB MENDENGAR AZAN



assalamu'alaikum warahmatullah..


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
''Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah [Lailahaillallah] semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .

Thursday, December 25, 2008

BACA HOROSKOP,SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhh....


"Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.
Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop.
Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotamia, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. 'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .. "


wallahua'lamm..

Thursday, November 27, 2008

DIALOG ALLAH DENGAN IBLIS [mengenai tempat tinggal]

assalamu'alaikum warahmatullah
Salah seorang sahabat, Ansa bin Malik r.a. berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t. antaranya ialah:-Kata Iblis kepada Allah s.w.t.: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas).”Iblis berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (di pusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat hiburan dan sebagainya).”Iblis berkata lagi: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkanlah kepadaku apakah bahan bacaanku?”Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan denganya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk sembahyang berjamaah). Apakah azanku (untuk mengumpulkan orang).”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan para Rasul) kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku.”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, para utusanmu ialah dari dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, tulisanmu ialah tulisan gincu yang palsu di badan (seperti lukisan-lukisan dilengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku.”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebutkan dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”Kata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?”Firman Allah s.w.t.: “Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah).”Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Kalau seseorang itu makan dengan tidak membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila seseorang itu makan dan dimulai dengan bismillah maka syaitan tidak akan dapat makan bersama bahkan syaitan akan memuntahkan kembali apa-apa yang sudah dimakannya.”Ibrahim Annakhaai berkata: “Kalau seseorang itu masuk ke rumahnya dan memberi salam, maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat bagiku di sini.” Dan kalau seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini.” Akan keluarlah syaitan dengan rasa kecewa.”

Allah HANYA memanggil kita 3 kali saja,seumur hidup

assalamua'alaikum warahmatullah..
Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.Renung-renungkan Dan selamat beramal..Saat itu, Dhuha, Hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Makah....... , aku bertanya pada Ibu, Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah Di Bulan July 2007 yang lalu.'Ibu, kataku, Ada cerita apa yang Menarik dari Umrah....? ( Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah). Dan Ibu, Memberikan Tausyiahnya.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah selama 4 Hari, baru ke Makah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Ibu berkata...' , * Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja Seumur hidup*Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil Kita..?'Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan Itu..?'Saya menggelengkan kepala.'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas Terdengar di telinga Kita, sangat kuat Terdengar. Ketika Kita sholat, sesungguhnya Kita menjawab panggilan Allah.Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap Kita. Kadang Kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan Kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau Tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika Hari Kiamat nanti'.Saya Terpekur.... .Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat Kerana meeting lah, mengajar lah, Dan lain lain. Masya Allah.......Ibu Melanjutkan,Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*Panggilan ini bersifat halus. Allah Memanggil hamba-hambaNya dengan Panggilan yang halus Dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan Kesempatan yang berbeda dengan Hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang Menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, Ada Yang memang merencanakan Dan terkabul.Ketika Kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram Dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', Sesungguhnya Kita saat itu menjawab panggilan Allah yang Ke dua.Saat itu Kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah Kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, Laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.Mata saya semakin Berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang Menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulill ah...'Dan Panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah* KEMATIAN*. Panggilan yang Kita jawab dengan amal Kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak Memberikan tanda tanda secara langsung, Dan Kita tidak mampu menjawab Dengan lisan Dan Gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena Itu , Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah Dengan Hatimu Dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah Syurga adalah Balasannya.. ...'** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah Karena kelalaian saya Dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan KebesaranNya, kasih sayangNya Dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan Baju Ihram Dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ** *Huraisy**Pada Hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang Bernama 'Huraisy' Berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini Dari timur hingga ke Barat. Panjangnya pula seperti jarak langit Dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapaYang kau Cari?'Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima Orang.'Pertama, orang yang meninggalkan sholatKedua, orang yang Tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu Dan Bapaknya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam Masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'*Sampaikan pesanan ini Biarpn 1 ayat.. Wallahualam*
Assalamu'alaikum,

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu·

- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu·

- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu·

- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.


'Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan....·

- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa kini terkulai lemah.

- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kin i Bungkam Tak Bersuara·

- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa·

- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia,

Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'


Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan·


- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha·

- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah·

- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh TANPA BEKAL

- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya·

- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.


'Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..·


- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat·

- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik·

- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.


'Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..·

- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan·

- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat·

- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.


' Ketika MayatDibaringkan Di Lian g Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan....·


Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan....·


- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis·

- Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka·

- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.


'Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .·


Kini Kau Tinggal Seorang Diri·

Tiada Teman Dan Tiada Kerabat·

Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..·

Mereka Pergi Meninggalkanmu. Seorang Diri·

Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku·

Hari Ini,....·

Akan Kutunjukan Kepadamu·

Kasih Sayang-Ku·Yang Akan Takjub Seisi Alam·

Aku Akan MenyayangimuLebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu·Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya·Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'


Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....Alhamdulillah,

.Mari berlumba dalam kebaikan.


<>

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DUNIA

Assalam Mu'alaikum !

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!Dengan kain kafan yang serba putih!Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa....Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!Ingatlah di mana saja kamu berada.....Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!Serta menikmati rezeki Tuhan!Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air mani yang tidak bererti!Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia!Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!Menjadi teman di perjalanan. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!Pada hari itu tiada berguna. Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudahmati.

TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, merekayang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARIAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secaratiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan makaberpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layudimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dansukar ditegakkan.

TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana inimenandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.

TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejukdi bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiamdiri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kitakembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijakforward this buletin...may ALLAH SWT bless you.Saling berpesan2lah sesama kita........ .

6 WANITA MALANG & 19 KEISTIMEWAAN WANITA

Assalamu'alaikum warahmatullah...

6 Jenis Wanita Malang
'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, 'Aku membuat itu keranamu'.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
19 Keistimewaan Wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ' Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.'
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.' Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW 'Suaminya.' ' Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah SAW, 'Ibunya.'
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
syukran.wallahua'alam..
assalamu'alaikukum warahmatullah..
RASULLULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan', iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.
wallahua'alam..

Wanita Cantik yang suka menangis..

assalamu'alaikum warahmatullah..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?'
'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya.
'Aku tidak mengerti', kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti'
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?'
'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?'
Allah berfirman:
'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh '
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya '
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya '
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
'Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
' tempat dimana cinta itu ada.'
kecantikan wanita memansg dari saat azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
wallahua'lam

The best love letter

assalamu'alaikum..
You will be happy that you read this all the way through!
As you got up this morning, I watched you, and hoped you would talk to me, even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for something good that happened in your life yesterday.

But I noticed you were too busy, trying to find the right outfit to wear. When you ran around the house getting ready, I knew there would be a few minutes for you to stop and say hello, but you were too busy.

At one point you had to wait, fifteen minutes with nothing to do except sit in a chair. Then I saw you spring to your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all day long. With all your activities I guess you were too busy to say anything to me.

I noticed that before lunch you looked around,may be you felt embarrassed to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or four tables over and you noticed some of your friends talking to me briefly before they ate, but you didn't. That's okay. There is still more time left, and I hope that you will talk to me yet.

You went home and it seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything goes there and you spend lot of time each day in front of it not thinking about anything, just enjoying the show.
I waited patiently again as you watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me. Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family you popped into bed and fell asleep in no time.

That's okay because you may not realize that I am always there for you. I've got patience, more than you will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as well.
I love you so much that I wait everyday for a nod, prayer or thought or a thankful part of your heart. It is hard to have a one-sided conversation.

Well, you are etting up once again. And once again I will wait, with nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have a nice day!

From:
Your one and only, ALLAH
"I do Love God. He is my source of existence and Savior. Allah keeps me functioning each and everyday. Without Him, I will be nothing. Without him, I am nothing, but with Him This is the simplest test . . . "

Untuk renungan bersama

Assalamua'alaikum warahmatullah..
ada satu cerita,yg boleh antum n ana renung bersama,insyaAllah..

…. Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.

lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...


Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.


Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

sekian,mari lah kita berbanyak kn beristigfar n sentiasa mengingati mati..insyaAllah..
wassalam
ma'asalamah

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi Haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 'Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.'


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, 'Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku kerana hal ini.'


Abul Hassan bertanya, 'Bagaimana hal yang merisaukanmu?'Wanita itu menjawab, 'Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, 'Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?'

Jawab adiknya, 'Baiklah kalau begitu' Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju periuk berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.


Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara diantara mereka semua.' Lalu Abul Hassan bertanya, 'Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?'


Wanita itu menjawab, 'Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.'


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan olah agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam firman Allah dalam sebuah Hadith Qudsi : 'Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.' Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya HARAM. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda:'Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.' Dan sabdanya pula, 'Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan Jahiliyyah,dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.' (Riwayat oleh Imam Majah)Semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Amin..

cahaya muka Nabi S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : 'Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, ' Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: ' Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?'

Jawab Rasulullah : 'Orang yang bakhil.'
Aku bertanya lagi : 'Siapakah orang yang bakhil itu?'
Jawab baginda : 'Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.'
BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 'Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.'
KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : 'Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.'

Bersabda Rasulullah s.a.w. ' Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?' Jawab kijang itu: 'Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya.'

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : 'Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. '

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : 'Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: ' Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau.' Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
So Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)

hijab

assalamua'alaikum..


hm..ana rasmikan my blog ne..by sharing about hijab,insyaAllah..

hope dpt memberi manfa'at to all...amin..




((Commonly, the hijab is used to denote the scarf or other type of head-covering worn by Muslim women throughout the world. However, the broader definition of the term refers to a state of modesty and covering that encompasses a woman's entire body, excluding hands and face."Veiling", in sufism, meaning the impression produced on the heart by phenomena which prevent it from seeing the truth. This is inevitable in this world.A partition which separates two things; a curtain; in modern times used to describe a form of women's dress.The veil of gnosis, mentioned by an-niffari which in itself is a barrier between man and Allah. "knowledge is the greatest veil.))


Muslim women cover their heads because God so directed in His final book, the Glorious Qur'an. The head cover is specifically mentioned in 24:31. This instruction from God is only one aspect of a wider context of purity of thought and action for men and women.Islam has very strict rules against adultery and fornication, and introduces many cautious measures to ensure the prevention and avoidance of such sins. One measure is the prescription that men and women should avoid intermingling as far as possible (see Qur'an 33:53). This is why men and women pray in separate areas or separate rows in the mosque. Another measure is that men and women should cover the specified areas of their bodies the sight of which arouse sexual desire in others (see Qur'an 7:26; 33:59). Yet another measure is that men and women should lower or turn their gaze away from looking at a person of the opposite sex (see Qur'an 24:31).


On the day of Judgment, women who wore hijab while their life on earth will be underneath the hijab of Fatima (prophets daughter). She will protect all those girls who wore hijab while their life and did the right thing that a woman should've done. So please sisters, wear your hijab, cover yourself as we're supposed to. No matter which country you live in, doesn't matter which century it is. All that matters is your heart that believes in the Shahadah and Allah and the last day. It doesn't matter what others would say about you or what they will think, just laugh at them because they are the ones who will burn in Hell for not listening to Allah and not obeying HIM. Please sisters, do the right thing, go on the right path and may Allah bless all of us and save us from the Evil Satan. ( ameen)


k..ma'asalamah